Aiden Kim Tegaskan Model Malaysia Perlu Ada Sistem Pembelajaran Yang Profesional Jika…

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bercerita lebih dalam mengenai dirinya, rupa-rupanya Aiden pernah dibawah agensi besar dari Hong Kong.

 

“Dari tahun 2002 hingga 2003, saya adalah model agensi dari Hong Kong iaitu Star People. Waktu itu saya sangat aktif. Sewaktu tinggal di Hong Kong dan membuat peragaan di merata dunia, saya banyak bercakap tentang aktiviti model. 

“Ia adalah satu memori luar biasa. Saya sendiri mengharungi pelbagai anjakan hidup sebagai model. Saya harap satu hari nanti, saya berpeluang menjadi model di Malaysia,” katanya dalam nada rendah diri.

Teruja apabila ditanya tentang Malaysia, Aiden sudah lama memasang niat untuk datang ke Malaysia.

“Saya melihat banyak model Malaysia menerusi majalah Korea Buzz. Ada antara mereka berpotensi besar menyinar di Asia. Tetapi itupun kalau mereka mendapat sistem pembelajaran yang betul. Saya rasa mereka perlu mencari peluang untuk mencari ilmu model dari pelbagai sudut dan segenap destinasi. 

“Setakat ini saya masih belum lagi ada kerjasama dengan model asia tenggara terutama sekali Malaysia. Sewaktu terlibat dengan promosi iklan di Hong Kong, Amerika Syarikat dan Jepun, Saya masih belum berjumpa dengan model dari Asia Tenggara,

“Sebab itulah apabila saya lihat model Malaysia di Korea Buzz, saya yakin mereka boleh berubah dan pergi ke peringkat global. Saya sendiri mahu lihat lebih banyak model dari Asia Tenggara lebih-lebih lagi model Malaysia,” jelasnya. 

Aiden turut mendedahkan rahsia besar model Korea dan asam garam kehidupan model Korea. Namun, perkongsian itu akan didedahkan dalam entri yang berikutnya nanti.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini