Anjakan SUCCI Dari Supermodel Malaysia Ke Model Antarabangsa Korea!

Jenama SUCCI by Anas Abdullah semakin menjadi perhatian peminat fesyen Malaysia apabila menggunakan super model Malaysia yang juga bergelar aktres hebat, Aleeza Kassim sebagai model utama jenama ini. Malah, ia turut mengundang pelbagai spekulasi negatif apabila SUCCI yang dikhususkan untuk wanita memakai hijab tetapi menggunakan model tanpa kerudung.

Bagaimanapun, founder jenama ini iaitu Dato Sri Anas Abdullah tidak melatah dan terus menerima kritikan kerana ia adalah pemangkin kejayaan jenama yang dicipta untuk membantu golongan istimewa. Meneruskan misi penjualan dan penghasilan, SUCCI merupakan satu jenama yang mana jumlah hasil jualan akan disalurkan buat persatuan kanak-kanak istimewa di Malaysia.



Oleh kerana itu, SUCCI terus bangkit dan kini menggunakan model lelaki bagi mempromosikan jenama SUCCI ke satu peringkat yang lebih tinggi. Berbeza dengan konsep untuk wanita, SUCCI telah menggunakan model lelaki dari Korea untuk menjengah pasaran Korea yang sememangnya gah dengan fesyen.



Konsep yang diketengahkan ini sebenarnya bagi membuka mata masyarakat bahawa rekaan ini juga sesuai digunakan oleh golongan adam jika kena gaya, waktu, tempat dan kreativiti. Malah, rekaan yang diserapkan dalam SUCCI sebenarnya tiada had limit dan membuka lebih banyak ruang kepada penggemar untuk menikmati gaya yang luar biasa.



Susulan sambutan hangat yang diberikan dari pelanggan, SUCCI akan dikeluarkan untuk edisi kedua dengan rekaan yang lebih mantap dan sesuai. Malah, rekaan tersebut juga akan memupuk nilai kemasyarakatan dan lebih kepada rekaan unisex. Jadi, bagi penggemar SUCCI, anda boleh dapatkan rekaan tersebut di platform beli belah atas talian atau boleh hubungi sendiri penaung SUCCI di laman instagram.


Kongsikan artikel ini