Trend Artis KPOP Lelaki Pakai Baju Singkat, Seksi Ke Geli Atau Nampak Macam…

Prev1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun pun 2020 tahun yang sangat mencabar bagi semua orang, namun Detektif Kosasi (DK_) sebagai pereka fesyen dan pengalaman bersyukur kerana masih lagi dapat menemupuh sehingga bulan yang terakhir 2020. Memang perit tapi hakikatnya COVID-19 membuatkan DK lebih kental dan syukur berjaya menjadi penjual beberapa makan termasuk Kacang Sensasi.

Kini, DK masih lagi terus mengatur langkah dan sibuk menjahit baju PPE untuk frontliner termasuklah menjadi pengedar produk wangian tempatan dan berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan untuk jenama pakaian yang terbaru.

Berbalik kepada tugasan DK sebagai fashion police menerusi KOREA BUZZ, sungguh tidak disangka komentar DK mendapat impak walaupun ada yang kurang setuju. Namun, ia hanyalah pandangan DK sebagai pereka fesyen tempatan dan pengamal media.

Untuk entri kali ini, DK tertarik untuk berikan komen dan pandangan mengenai trend baru di Korea iaitu Baju Singkat atau Crop Top. DK perasan, ramai bintang KPOP lelaki kini lebih berani dan lebih selesa menggenakan baju singkat ini.

Kebanyakkan artis lelaki yang pakai ini rata-rata mempunyai susuk tubuh yang seksi dan menawan. Kalau melihat dari segi konsep, memanglah rekaan Crop Top ini sesuai untuk jejaka yang mempunyai otot perut. Nampak mengghairahkan serta tidak perlulah lagi artis lelaki buat koreografi selak baju.

DK sudah tidak mahu cakap banyak. Jom kita sama-sama nilai sendiri artis lelaki mana yang sesuai dan yang nampak geli serta kelakar mengenakan baju singkat ini.

Prev1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini