Jadi Pilihan 15 Selebriti Ternama Korea, Apa Istimewanya Baju Rajut Kuning Ini?

Prev1 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fesyen yang dipakai selebriti dari Korea sering mendapat perhatian masyarakat di Korea. Malah, banyak pakainya yang diguna pakai oleh Selebriti Korea menjadi rebutan sehingga ada yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal jika baju tersebut pernah dipakai oleh Selebriti Korea untuk sesi penggambaran drama, sesi fotografi mahu pun muzik video.

Atas dasar itu juga, pereka fesyen yang mahu bertapak dalam arena fesyen Korea akan mengambil peluang untuk membuat pakai cantik dan menarik untuk Selebriti Korea. Bagaimanapun, ramai juga selebriti Korea lebih suka membeli pakaian sendiri dan melihat pada kualiti dan keselesaan.

Ada juga selebriti Korea lebih mementingkan jenama berbanding rekaan, Berkata mengenai pakaian musim sejuk, ramai Selebriti Korea lebih mementing kualiti dan keselesaan. Oleh kerana itu, jenama yang menghasilkan baju yang berkualiti lebih mendapat perhatian selebriti Korea dan mereka tidak kisah memakai baju yang sama dengan selebriti lain.

Foto Naver


Sebagai contoh baju sejuk kait kuning ini atau baju Rajut kuning ini antara rekaan yang mendapat sambutan luar biasa dari Selebriti Korea. Baju ini menjadi pilihan ramai selebriti Korea untuk dijadikan koleksi peribadi. Jadi tidak hairanlah, anda boleh melihat ramai Selebriti Korea memilih baju rajut ini sesi fotografi, penggambaran dan sebagainya.

Difahamkan, baju ini menjadi pilihan kerana corak sulaman yang luar biasa dan kekemasan serta keselesaannya. Atas dasar itu juga, baju ini dikatakan sangat mahal kerana ikut selera selebriti ternama Korea.  Jom kita lihat aura siapakah yang lebih besar memakai baju jarut kuning ini?

Prev1 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini