Pemain bola sepak pasukan Tottenham dari Korea, Song Heung Min mengumumkan akan hanya fokus dengan bola sepak dan hanya akan berfikir soal kahwin apabila dia bersara sebagai pemain bola nanti.
Dalam satu temu bual, Son telah ditanya mengenai perancangan dia untuk menamatkan zaman bujangnya memandangkan kini umurnya sudah penghujung 20an.
“Saya mahu luangkan masa yang lebih dengan keluarga apabila bersara nanti. Paling tidak lebih kurang umur saya dalam lingkungan 33 hingga 34 tahun. Oleh itu, buat masa ini, saya tiada fikir tentang kahwin,” katanya.
Meneliti perkembangan bintang sukan ini, Son Heung Min mula fokus dalam pasukan Hamburg Youth Jerman ketika usianya 16 tahun lagi dengan dorongan dan bimbingan ayahnya.
“Saya dilatih oleh ayah saya sejak saya berumur 10 tahun lagi. Pada masa itu, ayah saya suruh saya berlatih selama 4 jam. Ayah saya seorang jurulatih yang tegas dan menakutkan. Tetapi saya amat berterima kasih kepadanya. Kini, saya mampu membesar dengan baik dalam pasukan Tottenham. Saya hargainya jasa dan didikan beliau,” jelasnya.
Terus berkongsi cerita tentang keluarganya, Son memberitahu keluarganya banyak berkorban buat dirinya.
“Mak dan ayah saya sangat ambil berat tentang karier saya sebagai bintang bola sepak. Mereka mahu saya fokus. Mereka juga telah berkorban dan tinggal bersama saya di London untuk membantu saya. Saya bertuah kerana dapat tinggal bersama ayah dan ibu saya,” jelasnya.
Media Olympic Channel telah memperkenalkan Son sebagai salah satu ikon budaya Korea bersama dengan BTS, Blackpink dan filem Parasite. Malah, Son dikatakan memberikan inspirasi yang baik buat Tottenham terutama sekali orang Korea dan peminat tegar budaya Korea.