Chukahae! Oppa Korea -Min Kyu Dinobat Mr Tourism Langkawi 18/19 Pertama

Malaysia International Fashion Showcase 2018- World Of Batik (MIFS2018) yang dianjurkan oleh Langkawi Art & Fashion Hub di Skybar, Hotel Traders mencipta sejarah baru apabila menobatkan peserta tunggal dari Korea Selatan iaitu Kim Min Kyu sebagai Mr Tourism Langkawi 18/19 yang pertama, baru-baru ini.

 

 

Aksi sang juara, Min Kyu yang mengayakan rekaan dari WHOJUNT X RS CODED.

 

 

Malah, MIFS2018 yang diwujudkan untuk mencari pereka fesyen terbaik dalam rekaan Resort Wear turut menobatkan AYU IXORA .sebagai juara pereka terbaik dan Nurul sebagai juara juru mekap terbaik. Setiap rekaan dan dandanan pada pertandingan tersebut wajib bertemakan batik. Model wanita yang berasal dari Johor iaitu Qiqin pula menjuarai kategori model wanita sekaligus melayakkan dirinya sebagai Miss Tourism Langkawi 18/19.

 

 

Pasukan Min Kyu turut diiktiraf sebagai TOP5 Designer dan Make up Artiste.

 

 

Menariknya, kemenangan Min Kyu pada malam tersebut mengundang kejutan apabila peserta ini mampu menewaskan 40 peserta yang lain yang bukan saja dari Malaysia tetapi turut disertai peserta dari Lubnan, Jepun, Sri Lanka, Pakistan dan Ukraine. Selain dipilih sebagai Mr Tourism Langkawi 18/19, Min Kyu yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun sebagai model di Korea Selatan turut dianugerahkan sebagai Mr Charming yang diadili oleh media rasmi MIFS2018 iaitu Pocket TV.

 

 

Inilah Mr & Miss Tourism Langkawi 18/19.

 

 

Penyertaan setiap peserta dalam MIFS 2018 dibuat secara berkumpulan yang terdiri daripada pereka fesyen, juru mekap dan model. Keputusan MIFS telah diadili oleh juri professional yang terdiri daripada Calvin Thoo (pereka fesyen), Anita Aziz (Supermodel Malaysia), Ash Dburn (Pengasas Batik Akesori Langkawi), Nur Afifi (Pensyarah Pusat Pengajian Teater, Fakulti filem, Teater & Animasi) dan Shabri Saad (Fakulti Komunikasi & Kreatif Industri, Universiti Teknologi Mara).

 

 

Model kacukan Myamar dan Pakistan (kiri) menggayakan juara rekaan terbaik dan model tempatan menggayakan hasil dandanan juara MUA.

 

Setiap pemenang bakal menerima hadiah secara rasmi pada majlis penganugerahan yang akan diadakan pada penghujung disember ini di Langkawi Royal & Yacht Club beserta pertunjukan fesyen. MIFS2018 telah mendapat sokongan dan penajaan dari Digital Vision Advertising, Persatuan Meluncur Ais Selangor, Langkawi Royal Yacht Club, Tour Agencies dan BUJINS Batik.

 

Antara barisan juri MFS2018.

 

 

Berikut adalah keputusan penuh MIFS 2018.

 

 

Wajah TOP 5 Model lelaki dan Wanita.

Kategori Model Lelaki

 

Juara: Min Kyu dari Korea Selatan
Naib Johan: Prince Rahman dari  Myammar
Tempat Ketiga: Solihin Soeab dari Kuala Lumpur

 

 

Kategori Model Wanita

 

Juara: Qiqin Musa dari Johor
Naib Johan: Monica Picca dari Kuala Lumpur
Tempat Ketiga: Joana Joseph- Selangor

Kongsikan artikel ini