Detektif Kosasi: V BTS Jarang Dinch. Apa Jadi Sajat & Aliff Syukri Bergaya sama?

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan nak memuji atau nak menyanjung fesyen artis Korea. Namun, Detektif Kosasi (DK) merasakan kebanyakan gaya dan stail yang dipakai bintang Korea terutama sekali bintang K-POP sering mencuri perhatian DK. Senang cerita, banyak juga bagi inspirasi bagi DK untuk berkarya. Al-maklumlah, DK pun pereka fesyen kan. Tidak salah jadikan inspirasi asalkan kita tahu mengolah.  Jadi tidak hairanlah, ramai penggemar fesyen dunia mudah terpengaruh dengan imej yang ditampilkan artis Korea.

Artis Malaysia juga tidak ketinggalan mencuba gaya artis Korea atau gaya K-POP. Namun, ada juga yang hanyut sehingga terjatuh di lembah mangsa fesyen atau lebih teruk lagi jadi perosak fesyen. Nak DK sebutkan nama? Alah, guna jari pun dah tahu siapa gerangan artis tersebut.

Terpilih menjadi fesyen polis untuk Korea Buzz bukanlah tanda DK ini hebat atau boleh mendabik dada. Ia adalah tanggungjawab besar bagi DK untuk berikan komentar bernas tentang fesyen yang digayakan jejaka dan gadis Korea berstatus public figure.

Jadi, untuk merasmikan segmen ini, DK diberi mandat untuk kritik fesyen dan gaya ahli kumpulan BTS, V atau Tae Hyung yang banyak kali mendapat gelaran The Most Handsome Guy di dunia. Dunia tau bukan Korea!

Mendengar gelaran itu, seram DK nak berhujah. Yelah, bak kata orang, kalau dah kacak tu, pakai kain buruk pun tetap nampak menarik.

Well..Kritik tetap kritik. DK pun nak ajaklah anda semua sama-sama  berikan rating untuk gaya-gaya Tae Hyung. Sama ada setuju atau tidak dengan rating dan kritikan DK, anda boleh tentukan sendiri dengan button yang disediakan.  

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse