Use your ← → (arrow) keys to browse
Lama sungguh Detektif Kosasi (DK) tidak bersua anda. Yelah, masa PKP ni, DK kena lebih kreatif dalam mencari nafkah. Tapi DK terkejut bila ada yang minta DK ulas tentang model selebrti Korea yang menjadi figura untuk rekaan seluar dalam. Ini semua gara-gara sebelum ini ada kajian tular mengatakan aset lelaki Korea antara yang terkecil di dunia. Betul atau tidak? DK Tidak tahu menahu sebab DK orang Malaysia.
Tapi bagi DK, nak jadi model pakaian dalam tidak semestinya aset memainkan peranan. Ia tertakluk kepada konsep dan rekaan seluar dalam tersebut. Namun, berdasarkan pengalaman, kebanyakkan pereka seluar dalam periksa tentang saiz aset model tersebut lebih dahulu. Persoalannya di sini, lelaki Korea tu cantik jadi sesuai ke untuk produk seluar dalam?
Sebelum ini, DK pernah ulas model berbikini Korea sekarang ini pula rumusan dan pandangan DK untuk model lelaki Korea untuk produk seluar dalam. Rasanya jawapan ini boleh bantu anda untuk isu yang tular tu.