Sungguh tidak diduga, comeback DK (Detektif Kosasi) menulis pasal fesyen artis Korea dapat permintaan tinggi. Sejujurnya, DK memang sibuk dengan tugasan sebagai pengamal media selain menjadi juri dan penasihat fesyen beberapa orang industri. Namun, DK cubalah melayan permintaan dari pembaca KOREA BUZZ.
Walaupun pada asalnya DK ditugaskan untuk komen fesyen artis Korea, tapi DK terima permintaan dari pembaca Malaysia supaya mendedahkan siapakah artis Malaysia yang layak atau boleh bawa fesyen Korea. Menurut kiriman tersebut, pembaca yang juga peminat fesyen dari Korea itu adakala rasa terkejut dengan segelintir artis Malaysia yang tidak tahu menilai dan ekspresi jiwa fesyen Korea.
Menelaah pandangan dia, ada betulnya apa yang dikatakan oleh pembaca tersebut. Yelah, DK pun perasan ada juga artis Malaysia ni kata minat fesyen Korea tetapi bila pakai, tidak tau beza yang mana Korea dan yang mana satu Malaysia, China dan Jepun.
Bukan nak kata DK ni pakar sangat, tapi DK jugalah menyiasat dan melihat beberapa artis Malaysia yang sering membawa imej dan gaya tersebut. Ada yang over dan ada yang perosak fesyen juga. Untuk artis yang tersenarai ini, janganlah marah kalau DK terpedas memberikan komen. Yelah, DK Cuma tak mahu anda sendiri tersilap langkah. Kata pakai baju KPOP padahal fesyen itu dari Jepun dan China.
Jom ikuti siapakah 10 Selebriti yang tersenarai?