Use your ← → (arrow) keys to browse
Memandangkan fesyen yang ditonjolkan selebriti Korea tidak kira sama ada bintang K-POP atau Hallyu menjadi ikutan ramai peminat di Asia Tenggara termasuklah Malaysia, jenama tempatan, WHOJUNT telah mencetuskan idea baru yang menggabungkan dua budaya dari Korea dan Malaysia.
Aktor Korea, Cho Wan Jin dalam rekaan terbaru untuk lebaran 2018.- Foto: Jeff Ryoshashin
Tambah istimewa, pakaian yang direka sesuai untuk lelaki dan wanita ini mampu membuatkan sambutan Aidilfitri 2018 lebih berseri dan meriah. Selain menggunakan material yang sesuai dengan cuaca, setiap rekaan ini dibuat dalam jumlah yang terhad.
2 Rekaan yang mendapat sambutan luar biasa.
Sempena pelancaran rekaan yang mula mendapat tempat pada 2017, pelakon Korea bernama Cho Wan Jin telah diundang menjadi model utama Korea Malaysia Lebaran Style 2018 yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru, baru-baru ini.
Gaya Wan Jin dan Hyunmin-A sewaktu fesyen show. Foto: Waitformoment
Ternyata pelakon Korea ini sendiri telah jatuh cinta dengan rekaan berkenaan yang dianggapnya sangat selesa dan mudah dipakai tidak kira waktu. Malah, dia juga menyarankan agar peminatnya di Malaysia menggenakan pakaian tersebut yang dicipta untuk lelaki dan wanita.
Wan Jin & Hyunmin-A- Foto: Waitformoment
“Mula-mula, saya merasakan ia adalah rekaan dari Korea, tetapi ia ternyata rekaan dari Malaysia yang begitu unik. Ada rekaan tersebut persis gaya Korea di musim sejuk namun Whojunt telah membuatkan rekaan berkenaan turut sesuai di pakai pada musim panas atau lebih tepat lagi dengan cuaca di Malaysia,” kata Wan Jin.
Rekaan yang sesuai dipakai oleh lelaki dan Wanita setiap masa.
Lebih menarik, dua rekaan Whojunt mendapat sambutan baik apabila menghasilkan baju yang menggabungkan baju kurung, baju Melayu dan T-Shirt.
Bagi anda yang mahu bergaya dengan fesyen terbaru ini, anda bolehlah ke laman facebook atau instagram rasmi WHOJUNT.
Sila lihat lihat disebelah untuk melihat sendiri rekaan eksklusif yang diilhamkan oleh Selebriti dari Korea dan Malaysia.