Hidup Kembali Normal, Duda Hot Song Joong Ki Dedah Rahsia Awet Muda Seperti Vampire

Bekas suami pelakon jelita, Song Hye Kyo iaitu Song Joong Ki telah membongkar rahsia yang selama ini dipendamnya. Menerusi temu bual sempena mempromosikan projek Arthdal Chronicles Season 1, Joong Ki menarik nafas lega apabila hidupnya sudah kembali seperti normal.

Pengakuan ini dibuat kerana sebelum ini dia sangat sibuk dengan rutin sebagai aktor popular di Korea, namun disebabkan pandemik Covid-19 jadualnya tertangguh dan mendorong dia untuk meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Atas kerana banyak memanjakan diri dan berehat panjang, dirinya kembali seperti sebelum dia bergelar selebriti.

“Saya dah hidup seperti orang biasa untuk pertama kalinya dalam hidup saya. Saya dapat tengok wayang, basuh pinggan mangkuk selepas makan. Setiap hari saya dapat melakukan perkara yang sama,” kata Joong Ki.



Sebagai aktor yang paling popular di Korea, pengakuan ini membuktikan bahawa dia mampu melepaskan beban dan tanggungjawabnya yang digalas sebagai selebriti Korea bertaraf antarabangsa.

“Sebelum ini, saya cuba mencari keseimbangan hidup. Saya selalu fikir soal kerja tapi kini saya cuba seimbangkan antara kerja dan kehidupan sebagai manusia biasa,” ujarnya lagi.

Melihat dari penampilannya dari dulu sehingga kini, Joong Ki dilihat seperti Vampire kerana tidak mamah dek usia. Dia sentiasa kekal muda, comel dan seksi. Oleh itu, Joong Ki telah mendedahkan rahsia awet muda yang diamalkannya selama ini.

“Rahsia saya? Sentiasa bersih minda, badan dan nurani saya setiap pagi dengan melakukan pilates. Pada mulanya, Pilates hanya untuk memulihkan lutut saya yang injured, tapi saya jatuh cinta dengan pilates dan terus mengamalkan sehingga kini,” jelasnya.



Sebelum ini, dia pernah cuba melakukan diet secara berpuasa dengan makan sehari sekali saja selama sebulan. Namun, percubaan itu langsung tidak membantu dan saya putus asa.


“Di rumah, saya seperti lelaki biasa yang menjalankan rutin harian yang sama. Saya basuh pinggan yang saya guna sendiri. Saya juga basuh kain sendiri setiap pagi,” jelasnya sambil berjenaka terlupa jemur kain itu dan takut bau.