Hitam, Putih & Biru Rona Pilihan Karpet Merah Baeksang Arts Award ke 53 Korea

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anugerah Baeksang Arts ke 53 Korea yang berlangsung pada 3 Mei di Coex, Seoul,  sungguh meriah dengan menyaksikan ramai bintang ternama Korea hadir untuk menyemarakkan lagi anugerah yang paling berprestij ini.

 

Park Shin Hye, Ji Chang Wook dan Ra Mi Ran.

Selain ingin mengetahui pemilik anugerah utama yang dipertandingkan, mata lensa tidak pernah lekang dari merakamkan gaya fesyen selebriti Korea di karpet merah.

 

Ternyata, 3 rona warna utama iaitu hitam, biru dan putih menjadi pilihan utama majoriti bintang yang hadir. Bagaimanapun, fesyen warna merah yang digayakan oleh pelakon dan ahli Girls Generation iaitu Yoona mendapat perhatian ramai.

 

Dalam pada itu, rekaan yang digayakan pada anugerah tersebut tidaklah terlalu menjolok mata dan rekaannya sangat ringkas dan elegan. Jom ikuti gaya siapakah yang paling menawan dan menambat hati pembaca EH! Korea Buzz. Mungkin gaya mereka boleh menjadi inspirasi anda pada majlis akan datang.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini