Jangan Hentam Pakai Saja, Kena Tahu Jenis & Pantang Larang Hanbok Korea

Selain muzik Kpop, identiti Korea turut dikenali menerusi makanannya iaitu Kimchi. Selain itu, Korea turut mengetengahkan pakaian tradisional mereka iaitu Hanbok. Oleh itu, seandainya anda berkunjung ke Korea Selatan, khidmat menyewa dan mengambil gambar dengan Hanbok ditawarkan kepada pelancong.


Selain itu, pihak Kementerian Pelancongan Korea turut bergiat pesat dengan mengetengahkan Hanbok dalam pelbagai cara termasuklah menggalakkan banyak produksi drama dan filem untuk menampilkan pakaian tradisi ini dalam drama. Jadi, tidak hairanlah banyak drama sejarah Korea menggunakan Hanbok.

Drama sejarah Korea banyak menampilkan fesyen Hanbok.

Namun, ramai tidak tahu, Hanbok mempunyai sejarah tersendiri termasuklah jenis Hanbok. Jika tersilap pakai atau guna, imej si pemakai akan berubah. Malah, dari jenis tersebut, material dan kain yang digunakan adalah berbeza.

BTS turut mempopularkan Hanbok menerusi populariti mereka di peringkat global.

Atas dasar itulah juga, jika anda berminat mahu membeli Hanbok, pasti harganya amat berbeza bukan sebab rekaan dan kain yang digunakan semata-mata, tetapi atas sebab jenis Hanbok. Sudah tentulah, Hanbok di raja merupakan Hanbok yang paling mahal.

 

Jimin pernah beberapa kali menari dan menyanyi menggunakan Hanbok yang direka khas.

Hanbok hanya diguna oleh orang Korea apabila menghadiri majlis perkahwinan, perayaan dan majlis-majlis rasmi saja. Mereka menganggap Hanbok sebagai pakaian eksklusif dan tinggi martabatnya. Namun, tidak semua orang Korea memilikinya kerana ianya terlalu eksklusif dan mahal. Martabat seseorang boleh berubah. Oleh itu juga, kebanyakkan orang Korea kurang setuju apabila selebriti Korea memakai pakaian tersebut dalam banyak acara. Ia ibarat selebriti tersebut menghilangkan martabat Hanbok dan memperlekehkan sejarah pakaian ini.

 

Hanbok yang telah dimodenkan dan mendapat sambutan baik peringkat global.

Istimewa buat peminat fesyen Korea, EH! Korea Buzz lampirkan jenis-jenis Hanbok. Pastinya, ada Hanbok tidak boleh dipakai sembarangan kerana ia mempunyai pantang larang. Perbezaan paling ketara adalah pada ikatan reben dan posisi reben tersebut. Pada masa kini, warna hanbok pilihan adalah warna yang terang dan cerah. Bagi lelaki Korea, mereka gemar memakai Hanbok warna Biru Langit manakala wanita Korea pula gemar memakai warna merah jambu.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6)Hanbok rakyat
Hanbok yang digunakan oleh orang jelata pada zaman dulu. Ia hanya dibezakan dengan taraf dan darjat saja. Semakin tinggi pangkat, semakin besar kolar baju. Fabrik yang digunakan pula ialah 모시 ( lengan rami) dan 삼베 ( kaim rami).

 

 

 

 

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini