Model dari Korea ini lebih dulu menceburi bidang peragaan berbanding kembarnya dari Filipina. Dia mula mendapat perhatian apabila menjadi model di Thailand. Penyertaannya dalam bidang peragaan turut menjadi perhatian di kalangan penerbit dari China. Di Korea, dia antara model Korea yang boleh berbahasa English dengan fasih. Jin Choi pernah tular di Korea kerana kemalangan yang mengakibatkan dia lumpuh seketika. Kini beliau bangkit semula mewarnai dunia peragaan.