Kosmetik Korea Ini Bikin Ramai Terkesan Termasuk Selebriti & Juru Mekap Profesional

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan dan kosmetik dari Korea di Asia Tenggara terutama sekali Malaysia membuatkan banyak usahawan kosmetik dari Korea berlumba-lumba untuk melancarkan produk mereka di Kuala Lumpur. Namun, ada juga yang tertipu dengan tipu helah dari segelintir peniaga dengan mengatakan produk tersebut dari Korea padahal ia adalah produk tiruan dari China yang hanya menampilkan tulisan Korea pada bungkusan itu.

 

Juru mekap Qif Farel menggunakan produk Pure Theory pada Jay Flowsik.

 

Pun begitu, kualiti produk tiruan dan asli dari Korea dapat dinilai dan dilihat kerana kebanyakkan harga produk Korea sedikit mahal bersesuaian dengan kualiti yang bermutu tinggi. Dalam pada itu, ramai juga tidak tahu, berlambakan produk Korea original di Malaysia membuatkan ramai rungsing untuk memilih memandangkan kebanyakkan produk Korea masih tidak mempunyai cop halal dan menggunakan 100% tulisan Korea. Malah, pihak Halal dari Korea sendiri telah mengesahkan hanya beberapa jenama kosmetik Korea saja yang mempunyai cop halal. Namun, ia bukanlah petanda bahawa orang Malaysia terutama sekali beragama Islam tidak boleh menggunakan produk kosmetik Korea. Ini kerana banyak produk Korea dibuat 100% Vegan atau menggunakan tumbuhan dan bahan semulajadi saja.

 

Wajah model Korea, Min Kyu selepas menggunakan Pure Theory.

 

Sementara itu, ada juga merungut bahawa kebanyakkan kosmetik Korea tidak berapa sesuai dengan kulit wanita Malaysia kerana kulit wanita tempatan tidak sama seperti wanita Korea yang jauh lagi cerah dan putih berbanding wanita Melayu, Cina dan India. Rungutan ini berbangkit pada rona warna foundation dan gincu. Apa sekalipun, jenama produk Kosmetik Korea yang dicipta khusus buat wanita dan lelaki di Asia Tenggara kini semakin menjadi-jadi dan membuatkan ramai pengguna kosmetik Korea mula jatuh cinta dengan produk tersebut. Kosmetik yang dicipta 100% di Korea ini mendapat sambutan luar biasa apabila ia mula berada di pasaran Malaysia bermula penghujung 2017.

 

Ini kerana, kosmetik yang memilih nama Pure Theory ini menampilkan barisan produk yang berbeza dari kosmetik Korea yang sedia ada. Malah, jenama ini memberi kebebasan pada pengguna untuk ketahui teori kecantikan dan menjadi diri sendiri berbanding produk Korea lain yang kebanyakan lebih cenderung untuk cantik dan meniru orang Korea.Lebih istimewa lagi, harga setiap produk Pure Theory amat berpatutan dan tidak mahal seperti kosmetik Korea yang lain. Tambah menarik, ramai selebriti tempatan dan juru mekap profesional dari Malaysia amat berpuas hati setelah menggunakan produk ini yang hanya boleh didapati di Aeon Wellness seluruh Malaysia serta Online Mall seperti Zalora, Honest Bee dan laman web Pure Theory sendiri.

 

Juru mekap Emel Ismail (kiri) dengan hasil solekan menggunakan 100% Pure Theory.

 

Kosmetik ini tidaklah mempunyai barisan produk yang banyak tetapi ia sudah memadai untuk membantu pengguna untuk kekal cantik setiap masa. Malah, formula Pure Theory ini bukan saja untuk cantik tetapi untuk kekal sihat kerana menggunakan sebuah pokok yang berzaman sudah mati tetapi boleh kembali segar dan menggeluarkan bunga apabila direndam dengan air. Pure Theory mempunyai Mascara & Eyeliner (RM71), Press Powder (RM82), Contour Blusher (RM118), Liquid Foundation (RM75),Creamy Lipstick (RM64), Lips Gloss (RM50) Eyes Brow (RM32), Semi Mate Lipstick (RM57) dan Sun Cushion (RM86).

 

Sama ada anda percaya atau tidak keberkesanan produk ini, anda perlu cuba sendiri. Namun, berikut adalah pandangan beberapa selebriti dan juru mekap yang sudah menggunakan produk ini. Jom lihat di sebelah.

 

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini