Ramai Wajah Baru, Jungkook & V BTS Akur Felix Kjellberg Terkacak Di Dunia 2020

Keputusan The 100 Most Handsome Faces of 2020 dari TC Candler telah mengumumkan bahawa penyandang gelaran 2019 iaitu Jungkook BTS tidak berjaya mengekalkan takhta. Malah, Jungkook masih tersenarai dalam kelompok TOP 10 dengan berada di kedudukan keempat saja.

Juara tahun 2017 iaitu V BTS yang disebut-sebut kembali merampas takhta juga terpaksa akur kerana hanya mampu berada dikedudukan yang kedua saja. Dengan mendapat lebih 8 billion Social Media Impression, 1.5 Billion Likes/ Share dan 3.5 Juta Pengikut di social media, calon-calon tahun ini ternyata dimonopoli banyak wajah-wajah baru.

V BTS

Memandangkan 2020 adalah tahun dimana sistem atas talian menjadi pilihan utama, Youtuber dari Sweden bernama Felix K Jellberg yang dikenali dengan nama PewDiePie telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia 2020. Kemenangan Felix mengejutkan dunia kerana dari lebih 135,000 selebriti lelaki dari dunia, ternyata gelaran Youtube menjadi pencabar terdekat penyanyi, pelakon, model dan bintang KPOP.

Inilah lelaki terkacak dunia 2020.

Bagaimanapun, dari 100 lelaki yang tercalon, 25 pemenang terdiri daripada bintang KPOP. Dari 25 orang tersebut, 18 daripadanya adalah lelaki asal Korea. Bintang sukan dunia, Beckham yang setiap tahun tercalon berada di kedudukan ke 26 dan bintang bola sepak seksi, Ronaldo hanya berada di kedudukan ke 100 saja.

Berikut adalah senarai bintang KPOP dan lelaki Korea yang tercalon


Baekho- 99
Lucas NCT- 91
Mark NCT- 80
Taemin-71
Taeyang-67
Bobby-62
Jay-58
Jackson-56
Soobin-52
Bam Bam-48
jake Sim-45
Kang Daniel-42
Jin BTS-39
hyunjin-36
kai EXO-32
Wonho-30
Minggyu-27
Nikki-24
Cha Eun Woo-22
Wang Tibo-19
Jimin BTS-17
taeyong NCT-15
Lay EXO- 11
Jungkook BTS- 4
V BTS -2

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga keputusan ini memberikan impak baru bagi peminat dan lelaki-lelaki yang tercalon. Ternyata, peredaran tahun demi tahun mempengaruhi keputusan. Jangan lupa sertai sebuah anugerah yang unik yang bakal dimulai pencalonannya pada Januari 2021.

Kongsikan artikel ini