Model Comel Gwon Yul Mirip Jin Seo The World Of The Married

Sempena sambutan hari kanak-kanak yang dipanggil 즐거운어린이날(Jelgeowon Oerininal), KOREA BUZZ tertarik dengan model cilik bernama Gwon Yul. Walaupun nama model cilik Gwon Yul (권율 )tidaklah sehebat model kanak-kanak lain di Korea, tetapi  Yul yang baru saja berjinak-jinak menjadi model dikala usianya baru saja 31 bulan telah mendapat perhatian ramai.

Yul yang sangat comel.



Walaubagaimanapun, Yul yang mewarisi darah kacukan Korea dan Australia ini kian dikenali kerana bapanya iaitu Hugh Gwon pernah tular satu dunia kerana perkongsian transformasi badan. Menerusi saluran youtube My Korean Husband, Hugh Gwon telah berkongsi video perjalanan dia berubah dari lelaki berbadan gemuk kepada lelaki berbadan kurus. Ianya adalah hasil bantuan dan sokongan isterinya iaitu Nichola. Sehingga kini, video tersebut masih lagi menjadi rujukan dan inspirasi ramai lelaki di seluruh dunia.

Ayah Yul, Hugh Gwon.


Berbalik kepada wajah kecomelan Yul, banyak jenama pakaian kanak-kanak di Korea kini berebut-rebut untuk menyuntingnya sebagai model. Namun, memandangkan dia masih lagi kecil, kelibatnya sebagai model masih lagi terbatas. Ia juga berikutan bapanya juga sibuk menguruskan perniagaan berkaitan media online dan menjadi influencer di Korea mahupun di Australia.

Keluarga bahagia Yul.


Namun, selepas melihat foto aksi Yul bergaya, ramai merasakan Yul bakal disunting syarikat hiburan terbesar di Korea kerana mempunyai pakej yang lengkap bukan saja sebagai model tetapi juga sebagai Kpop Idol dan pelakon Korea. Menariknya, wajah Yul mempunyai iras wajah pelakon Korea bernama Jeon Jin Seo yang memegang watak Joon Young dalam drama The World Of Married.

Jin Seo terkini dan sewaktu kecil.



Walaupun watak Jin Seo yang dipegang kurang diminati penonton, namun pelakon ini menjadi popular kerana memiliki visual sebagai KPOP Idol. Dari situlah juga, ramai menyangka Yul adalah Jin Seo.

Perjumpaan bersama Gary baru-baru ini.



Apa sekalipun, Yul berkemungkinan besar bakal menjadi lebih besar dan mungkin akan muncul dalam program The Return Of Superman. Desas-desus ini terbit apabila bapa Yul iaitu Hugh telah berkongsi foto berjumpa dengan Gary. Apa yang pasti, Korea Buzz merasakan banyak juga syarikat antarabangsa berminat dengan Yul kerana dia begitu comel.

Kongsikan artikel ini