Nama model lelaki dari Korea ini boleh dikatakan popular di Korea terutama sekali dikalangan penggiat fesyen Korea. Selain sibuk ke sana-sini untuk sesi fotografi pakaian, dia juga sering tampil sebagai model untuk muzik video artis Korea. Malah, lebih menarik lagi, model ini pernah tular di Malaysia kerana berlakon untuk iklan TV produk Malaysia.
Mempunyai susuk tubuh seksi dan wajah persis ahli kumpulan KPOP lelaki bimbingan SM Entertainment, model ini pernah menghadiri uji bakat yang dianjurkan oleh penyampai radio Malaysia. Difahamkan, uji bakat ini telah diadakan di Seoul Korea yang mana penyampai radio itu turut dikenal pasti sebagai catwalk guru popular di Kuala Lumpur.
Sama ada benar atau tidak dia pakar fesyen dan model di Malaysia turut diragui. Bagaimanapun, sewaktu uji bakat tersebut, DJ ini dikatakan berminat untuk mengambil model ini dengan beberapa model lelaki yang lain. Malah, dia menabur banyak janji manis terhadap model itu.
Boleh dikatakan, uji bakat yang diadakan secara tutup itu dihadiri ramai model baru Korea yang tinggi macam galah. Di sebabkan itu juga, DJ ini rambang mata dan kalau boleh mahu bawa semua model yang datang uji bakat ke Malaysia untuk pertunjukan fesyen.
Selepas lebih 3 tahun menunggu, DJ tersebut diam seribu bahasa tanpa memaklumkan sebarang notis atau kenyataan rasmi terhadap model-model Korea itu. Yang kasihannya, orang tengah yang membantu DJ ini dikatakan menjadi mangsa. Namun, mujurlah orang tengah ini sebenarnya kawan-kawan kepada semua model yang hadir.
Model Korea ini bukanlah nak mengungkit sebaliknya keliru, adakah orang-orang Malaysia suka menabur janji dengan kata-kata manis saja? Walaupun tahu projek yang dijanjikan itu tinggal kenangan, model Korea ini masih lagi menunggu tawaran lain dari pihak-pihak yang lebih profesional. Malah, model Malaysia ini bersyukur kerana teman baiknya itu yang juga mangsa DJ dan menjadi orang tengah sudah pun berikan dia kata nasihat serta keterangan.
Nasib baiklah kawannya itu sangat profesional dan model ini yakin dia boleh mempelajari banyak lagi selok belok industri di Malaysia dari teman baiknya itu. Pun begitu, model ini berharap DJ itu sepatutnya mohon maaf kepada rakannya itu kerana disebabkan janji palsu DJ temannya yang jadi mangsa.