Onz, Dinch atau Vazz? Detektif Kosasi Puji + Keji Fesyen Bintang Korea!

Fesyen yang digayakan bintang Korea terutama sekali artis K-POP sering menjadi ikutan generasi masa kini. Malah, ada juga anak muda sanggup berhabisan wang untuk bergaya sama seperti artis Korea pujaan.

Namun, ada yang tidak tahu, sesetengah fesyen dan gaya yang ditampilkan bintang Korea sebenarnya hanya boleh dipakai  untuk golongan tertentu dan pada waktu yang bersesuaian saja.

Lebih tepat lagi, tidak semestinya gaya yang dikenakan bintang Korea ini kena dan mengikut trend setiap negara. Menurut pakar, ada juga gaya yang dipakai bintang-bintang tersebut boleh dikategorikan sebagai perosak fesyen. Lebih teruk lagi, ia boleh memudaratkan si pengikut artis itu apabila memakai baju musim sejuk di negara musim panas contohnya.

Apa saja yang dikenakan bintang Korea akan dikomen oleh Detektif Kosasi.

Bagaimanapun,  bagi membantu peminat fesyen dari Korea yang sering saja bingung sama ada gaya tersebut kena atau pun tidak, Korea Buzz melantik Detektif Kosasi yang juga pereka fesyen dan penggiat media online Sensasi TV.

Menerusi segmen Detektif Kosasi ini, anda boleh kenal pasti sama ada pakaian yang dikenakan bintang Korea pujaan anda sesuai atau pun tidak. Detektif Kosasi juga akan meletakkan tahap fesyen tersebut sama ada ianya Onz (yes), Dinch (no), Sendu (Sedih), Over (terlebih), So so (Average) dan Vazz (hebat).

Kritikan turut dilemparkan kepada yang berkaitan dengan fesyen tertentu.

Lebih menarik, anda turut sama boleh meletakkan kedudukan fesyen yang dikenakan bintang Korea tersebut. Selain melabelkan gaya tersebut, Detektif Kosasi turut akan mengaitkan gaya-gaya tertentu yang melibatkan selebriti Malaysia dan negara lain.

Pendekatan Detektif Kosasi bukanlah untuk memalukan atau mengangkat figura tertentu semata-mata dalam dunia fesyen. Ia lebih kepada memberikan informasi dan pendidikan tentang fesyen. Dari sini jugalah anda boleh ketahui sebab dan faktor Korea dikenali bukan kerana muzik K-POP dan drama saja tetapi turut berjaya meletakkan fesyen Korea ke tahap lebih tinggi.

Kongsikan artikel ini