4 Oppa Korea Dedah Lelaki Guna Seluar Dalam Insole, Topik Saiz Payudara + Bra Corrector Cetus Kesangsian!

Apa yang lelaki korea fikir tentang pakaian dalam? Itulah tajuk yang dibahaskan empat jejaka kacak Korea iaitu Yong Jin, Hyeong Do, Chan Oong dan Hyun Seo disaluran youtube Oh Opinion yang mempunyai jumlah subscriber mencecah 200,000.

Umum sedia maklum, banyak wanita mencari pakaian dalam yang boleh menyembunyikan kelemahan dan membetulkan susuk tubuh mereka. Antaranya mereka mahu tutup perut buncit, saiz payudara yang kecil atau pinggang yang berlemak.


Majoriti mereka mengatakan kurang berkeyakinan dan amat risau lelaki akan kecewa dengan fizikal yang dimiliki mereka sehingga cemburu dan mencari wanita lain. Inilah antara perkara yang dibahaskan Oppa kacak tersebut

Malah, mereka turut berdekat tentang fikiran lelaki tentang pakaian dalam yang menyorok dan betulkan susuk tubuh. Oppa-oppa ini turut membicarakan pandangan mereka tentang pakaian dalam.


Salah seorang daripada mereka berpendapat supaya kita perlu hormati setiap pilihan individu dan mengetahui ada setengah lelaki yang memakai seluar dalam issoles supaya alat sulitnya kelihatan menarik.

Meneruskan perbincangan, seorang lagi meletakkan pakaian dalam adalah fesyen. Baginya, waniata boleh pakai bra rekaan tipis untuk kelihatan seksi dan tidak perlulah memakai bra naga jika mahu kelihatan kasual seperti memakai hoodie.

Perbincangan tersebut tambah hangat apabila ada yang memberitahu tentang perangai teman wanita. Teman wanita mereka ada yang memakai bra yang sendat kerana menganggap lelaki terlalu ambil berat tentang saiz payudara.

Ternyata pengakuan seorang lagi lelaki sedikit pedas tetapi dipersetujui ramai.


“Kebanyakkan lelaki memang suka payudara yang besar tetapi mereka tidak kisalah sama ada teman wanita mereka bersaiz besar atau pun kecil. Saya tidak akan rasa orang lelaki minta untuk berpisah hanya kerana teman wanita memakai bra sendat atau berkaitan dengan isu ini.

“Tak akan ada sesiapa gunakan alasan ini untuk putus cinta. Jadi anda tak perlu risau dan memikirkan soal ini.,” kata salah seorang dari pengulas.

Perbicaraan mereka mendapat pelbagai reaksi yang tidak dijangka dari netizen termasuk wujudnya rasa prasangka terhadap mereka dan wanita. Tonton video penuh tersebut di sini.

Kongsikan artikel ini