Perosak Fesyen? Oppa Korea Lebih Gemar Pakai Stokin Dengan Selipar Di 3 Musim

Fesyen dari Korea menjadi ikutan ramai peminat antarabangsa. Malah, apa saja yang dipakai kumpulan KPOP terkenal, BTS dan BLACKPINK sering saja laris di pasaran kerana menjadi ikutan. Tidak kiralah barangan tersebut berjenama mahal atau pun murah.

Merentas perkembangan fesyen di Korea terhadap jantina lelaki, anda pasti merasa pelik dengan sikap golongan Oppa ini. Memakai stoking dengan sandel atau selipar kebanyakannya diamalkan lelaki pertengahan usia.


Bagaimanapun, masa telah berubah yang mana ia sudah menjadi trend baru yang popular di Korea yang mana anak muda pun suka menggayakan fesyen ini. Atas sebab itulah juga, stoking di Korea mempunyai pelbagai warna, corak dan rekaan.

Anda akan melihat golongan lelaki Korea memakai selipar dengan stoking pada tiga musim saja iaitu musim sejuk, musim luruh dan musim bunga. Pada musim panas pula mereka lebih gemar memakai yang ke arah menunjukkan badan atau seksi.

Kongsikan artikel ini