Rating Berita Sukan SBS Melonjak Naik Disebabkan Personaliti Yang Kacak

Rating Berita Sukan SBS dilaporkan menerima rating luar biasa selepas menampilkan penyampai berita baru bernama Kim Yoon Sang. Malah, kekacakan yang dimiliki penyampai beliau mampu menarik perhatian ramai gadis untuk menonton berita sukan yang sebelum ini sering ditonton golongan dewasa dan lelaki saja.

 
Malah, sosial akaun milik penyampai sukan ini menerima kunjungan ramai gadis. Bukan saja tertarik dengan kekacakannya, susuk tubuhYoon Sang yang lahir pada 1988 turut menjadi perhatian. Malah, dia memiliki ketinggian 185 sm.

Penampilan Yoon Sang turut dibandingkan dengan aktor Lee Seung Gi sewaktu hero Korea ini dijemput sebagai penyampai sukan jemputan. Ternyata, Yoon Sang jauh lebih tinggi dari Lee Seung Gi. Oleh kerana itu juga, ada yang mengatakan Yoon Sang jauh lebih kacak berbanding Seung Gi.

Sebelum ini, penyampai berita di Korea sering tular kerana kejelitaan dan pakaian yang menjolok mata. Tetapi kali ini, penyampai sukan lelaki menjadi bualan netizen sehingga ada yang mengesyorkan figura tinggi lampai ini menjadi hero drama berbanding penyampai sukan.

Ada netizen meninggalkan komen nakal mengatakan Yoon Sang jauh lebih sedap berbanding makanan yang dimakannya pada foto yang dimuat naik Yoon Sang di laman social. Malah, ada juga mengatakan, sanggup menonton berita sukan demi hanya mahu melihat kekacakannya.