Pereka Ternama SUECOMMA BONNIE Bongkar Identiti Orang Korea Termasuk Selebriti Dari Kasut

2 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Apakah yang membuatkan anda mahu jadi seorang pereka kasut? Bagaimana pula industri rekaan kasut di Korea? Adakah mencabar dan menyeronokkan?

 

“Saya selalu mempunyai minat yang mendalam terhadap kasut sejak kecil lagi. Selepas tamat belajar di Universiti, saya lebih dulu menjadi pereka fesyen pakaian lelaki. Dalam masa yang sama, dengan peluang yang ada, saya telah disaran oleh rakan baik saya dari Spain untuk menyumbangkan idea untuk mencipta kasut sendiri memandangkan saya sangat mencintai kasut. Cadangan ini telah mengubah hidup saya sepenuhnya. Dari sinilah saya mula mencipta kasut bawah jenama Suecomma Bonnie yang sememangnya kasut yang yang saya suka pakai setiap masa. Beginilah bermulanya perjalanan hidup saya sebagai seorang pereka kasut di Korea.”

Sebagai pereka fesyen, adakalanya saya merasa sangat sukar untuk terus mencipta rekaan yang baru. Bagaimanapun, ianya amat teruja apabila rekaan tersebut dapat direalisasikan bersesuaian dengan produk terutama sekali apabila rekaan berkenaan mendapat respon yang baik dari pelanggan. Saya sangat seronok dengan kerjaya saya.

2 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini