Peserta Korea Meletop Tapi Masih Bingung Pilih Wakil Malaysia Ke AWS

Pasukan AWS2020 (Altitude World Supermodel) Korea menarik nafas lega sebaik saja mengumumkan model dan pengacara TV Korea iaitu Woo Hee Jun sebagai peserta yang mewakili Korea ke pertandingan peragaan peringkat antarabangsa. Pelbagai reaksi positif diterima pihak penganjur sebaik saja nama Hee Jun disahkan sebagai peserta AWS yang ditangguhkan seketika kerana pandemik Covid-19.

Kini pasukan AWS Malaysia masih lagi keliru dalam memilih wakil yang sempurna untuk memberi saingan peserta dari negara lain terutama sekali Korea dalam pertandingan tersebut. Walaupun sebelum ini pasukan Malaysia merasakan peserta dari Malaysia yang tersenarai boleh memberikan saingan sengit, impak yang diterima Hee Jun membuka mata pasukan Malaysia untuk mengatur strategi yang baru.

Hee Jun bersama model Korea yang menjadi penghias majalah di Korea.



Oleh kerana itu, pasukan AWS yang diketuai Hyunmin-A yang turut memegang jawatan sebagai National Director Korea masih lagi memberi peluang kepada figura atau bakat lain untuk mencuba nasib. Difahamkan peserta dari Malaysia sebelum ini sudah sempurna syarat dan pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Bagaimanapun, disebabkan status dan penangguhan yang dihadapi pihak penganjur, pertukaran peserta bakal terjadi. Ia tertakluk kepada komitmen dan keupayaan peserta terpilih.

Perkara sebegini berlaku kerana pelbagai pendapat dan nasihat yang diterima pasukan AWS dari kata pakar dan juga penaja utama wakil Malaysia. Dalam pada itu, keputusan muktamad untuk wakil negara akan diputuskan pada bulan ini kerana AWS bakal memulakan cabaran buat peserta mulai September depan dengan tugasan yang diberikan secara atas talian.

Memandangkan AWS Malaysia masih membuka peluang kepada orang lain mencuba nasib, syarat utama menyertai pertandingan ini adalah mempunyai susuk tubuh tinggi yang paling kurang 180 cm dan potongan badan fit, slim dan lean. Seandainya anda adalah orang yang dicari, sila hubungi Hyunmin-A segera di laman instagramnya. Wakil dari Malaysia akan menerima penajaan dan perlu mengikuti kursus yang disediakan pasukan AWS Malaysia. Selamat mencuba.

Kongsikan artikel ini