Rahsia Orang Korea Kulit Cun Setiap Masa

Korea Selatan memang terkenal dengan pelbagai produk kecantikan dan teknik pembedahan plastik yang canggih. Namun, tidak semua orang Korea 100% menggunakan produk berkenaan dan mengambil pembedahan plastik untuk nampak anggun dan kacak.

 

Baik wanita mahupun lelaki, rutin penjagaan kulit mereka untuk kekal cantik dan tampan sepanjang masa adalah sama. Sebab itulah, agak sukar melihat orang Korea mempunyai masalah kulit. Tapi ini bukan bermakna mereka tidak mempunyai masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan pelbagai lagi masalah berkaitan kulit muka.

 

Foto-Naver

Foto- Sumber Naver

Tahukah anda apa rahsia mereka kekal cantik dari pagi sampai ke malam?

 

Setiap hari, benda yang mereka tidak boleh tinggal adalah memakai BB cream (Beauty Balm Cream) untuk memulakan kehidupan harian mereka. Tidak kisahlah sama ada untuk keluar rumah atau pun tidak. Lebih terperinci lagi mereka gemar menggunakan  BB cream ++45.

 

Amalan menggunakan BB Cream ini dipercayai menjadi sebahagian perkara wajib dipakai sejak tahun 1980an lagi. Sebab utama mereka menggunakan BB Cream kerana ia membuatkan kulit terlindung dari sinaran UV, memutihkan, melicinkan dan sentiasa segar sepanjang masa.

 

Walau bagaimanapun, generasi sekarang ini sudah mula berubah angin dengan menggunakan CC Cream ( Correct Cover Cream) atau pun DD Cream (Disguise Diminish Cream) yang mana fungsinya bertambah skala. Namun, CC Cream lebih banyak digunakan berbanding DD Cream.

 

Meskipun begitu, orang Korea lebih memilih dan sinonim dengan BB Cream. Ia adalah asas kecantikan dan mudah untuk wanita dan lelaki Korea.

 

Foto-Naver

Foto-Sumber Naver

Selain penggunaan produk ini, orang Korea juga tidak pernah tinggal untuk minum air kosong setiap masa agar kulit segar. Oleh kerana itu, anda boleh mendapatkan air kosong secara percuma dihampir kesemua restoran di Korea Selatan.

 

Jadi inilah rahsia orang Korea sentiasa cantik dan tampan seperti Lee Min Ho, Yoona, Taeyon, Minho, Kim Soo Hyun, Kim Hyun Joong, Taecyeon dan ramai lagi.

Kongsikan artikel ini