Bergaya Persis Bintang Running Man Dengan T-Shirt & Topi Eksklusif Korea Buzz

Sempena menyambut ulangtahun pertama EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A, pihak kami melancarkan T-Shirt rasmi KOREA BUZZ dengan rekaan eksklusif yang diilhamkan dari program TV popular Korea iaitu Running Man.

 

 

Lebih istimewa lagi, T-Shirt yang menggunakan material Cotton ini dibuat secara custom made yang mana saiznya bermula dari XS sehingga 5XL. T-Shirt eksklusif ini turut diilhamkan bagi menghargai sokongan pembaca EH!KOREA BUZZ terhadap segmen yang membawakan informasi terkini tentang dunia fesyen, kecantikan, gaya hidup dan hiburan Korea terus dari Korea Selatan.

 

Tambah eksklusif, T-Shirt ini diterbitkan secara terhad dengan harga RM55 saja dan hanya boleh diperoleh di segmen kelolaan Hyunmin-A.

 

 

Bagaimanapun, istimewa bagi 200 pembaca yang terawal, anda boleh dapatkan baju tahan lasak ini dengan harga RM50 saja. Menariknya, 200 pembaca yang terawal ini bukan saja mendapat potongan harga menarik, sebaliknya nama anda akan diletakkan dibelakang baju dalam tulisan Korea dan tulisan rumi seperti dalam gambar.

 

Contoh nama yang akan diletakkan di belakang baju.

Selain baju, pihak kami turut menerbitkan topi Snapback hitam dengan sulaman benang emas yang turut diterbitkan secara terhad. Harga topi snapback gaya bintang K-POP ini dijual dengan harga RM45 saja.

 

 

Bagi anda yang berminat untuk menjadi 200 pembaca yang terawal mendapatkan baju ini, anda bolehlah membuat tempahan segera bermula 17 Januari sehingga 25 Januari menerusi talian whatsapp +601110995857 sekarang. Untuk tempahan biasa, talian tempahan akan dilanjutkan sehingga 1 Februari 2018.

 

 

200 tempahan yang terawal akan mula diedarkan pada awal Februari 2018. Manakala tempahan biasa akan mula dihantar secara pos bermula 20 Februari 2018. Sebarang pertanyaan mengenai urusniaga bolehlah dibuat secara whatsapp ditalian yang sama. Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang pertanyaan menerusi panggilan telefon.

 

Untuk tempahan, sila taipkan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh, saiz baju/ saiz topi bersertakan #BajuKoreaBuzz. Pihak pengurusan akan menghubungi anda semula sebaik saja menerima kiriman mesej tersebut.

 

 

Barangan eksklusif ini turut dibuka untuk pembaca EH! KOREA BUZZ yang berada di Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand untuk mendapatkannya. Ia juga akan turut diedar secara terhad ke Korea Selatan dan beberapa negara yang lain. Jadi, jangan lepaskan peluang menyambut ulang tahun pertama EH! KOREA BUZZ dengan mendapatkan barangan eksklusif ini yang penuh bergaya.

 

 

Kongsikan artikel ini