Sertai Uji bakat Virtual Cari Wakil Malaysia Ke Altitude World Supermodel 2021 Sekarang!

Pertandingan Supermodel bertaraf antarabangsa, Altitude World Supermodel (AWS) yang sepatutnya dijadualkan pada Oktober 2020 kini dianjakkan ke penggal pertama 2021 di Bangkok & Chunbori, Thailand. AWS yang dianjurkan untuk kali ketiga sebenarnya sudah menaik taraf dari Altitude Model Look ke AWS yang mana kategori dibuka bukan saja untuk lelaki tetapi untuk wanita.

Bagaimanapun, wakil dari Malaysia dan Korea hanya dibuka untuk lelaki saja kerana musim ketiga ini merupakan buat julung kalinya peserta dari kedua-dua negara dijemput untuk bertanding bersama 25 buah negara yang terpilih. Untuk wakil dari Malaysia dan Korea, KOREA BUZZ telah dilantik selaku media rasmi dan telah mengumumkan bahawa Woo Hee Jun yang juga selebriti di Korea sebagai peserta sah mewakili negara KPOP.

Menerusi kenyataan rasmi sebelum ini, National Director Korea dan Malayisa iaitu Hyunmin-A telah memaklumkan bahawa peserta dari Malaysia masih lagi dirahsiakan identitinya kerana masih lagi menjalankan ujian yang telah diberikan pasukan Malaysia. Malah, penyertaan untuk menjadi wakil dari Malaysia masih dibuka sehingga kini.

Wakil Malaysia berpeluang menerima tawaran ini di peringkat final.

Untuk memudahkan anda mencuba nasib, KOREA BUZZ telah menyediakan platform untuk anda menyertai uji bakat secara virtual yang bermula sekarang. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan atau menghantar maklumat yang diperlukan ke nombor whatsapp yang disediakan. https://wa.me/60108045091?text=AWSMALAYSIA

Peluang dibuka kepada sesiapa saja lelaki yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai ketinggian 180 sentimeter ke atas dengan bersusuk tubuh lean atau pun berotot. Anda juga mestilah fasih dalam bahasa Melayu dan English. Sesi uji bakat akan diadakan dalam pelbagai peringkat yang mana ia dimulakan dengan sesi virtual.

Mampukah Malaysia merebut peluang untuk menang?

Bagi yang terpilih, anda akan dipanggil ke lokasi temuduga yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Johor dan Kuala Lumpur pada tarikh dan masa yang akan diumumkan kelak. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan kerajaan tentang Perintah Kawalan Pergerakan. Jika anda layak ke peringkat seterusnya, ada akan menjalani pelbagai ujian dan cabaran yang membantu anda untuk berdiri sama gah dengan peserta dari Korea dan negara yang bertanding.  

Peserta dari Malaysia akan berada dalam satu kumpulan yang sama dengan Korea Selatan yang mana mereka bakal menerima tajaan dan pembelajaran yang sama. Peserta dari Malaysia bakal menerima tajaan dari penaja-penaja yang terdiri daripada kelengkapan untuk menjadi figura terbaik seperti aksesori, dentist, Skincare, Solekan, pakaian dan banyak lagi. Selain dari itu, anda juga bakal menerima kontrak dari agensi Korea dan Malaysia yang banyak mengendalikan artis Korea.

Gambaran ciri-ciri terbaik untuk dipertandingkan.


Bagi yang tidak mempunyai pengalaman, pihak agensi akan menyediakan tenaga pengajar  yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dari Korea dan Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib. Siapa tahu, cubaan anda mampu merubah diri anda dari biasa ke satu norma yang baharu. Selamat mencuba.

ALTITUDE WORLD SUPERMODEL MALAYSIA 2021
First
Last
Only lower case letters (a-z) and numbers (0-9) are allowed.
Enter Email
Confirm Email

Maximum file size: 2MB

Please attach a .jpg, .png, .gif or .mpg image. By attaching an image to use as your profile picture you assert that you have rights to use the image and it is not illegal, pornographic or violent in any way.

Maximum file size: 2MB

Please attach a .jpg, .png, .gif or .mpg image. By attaching an image to use as your profile picture you assert that you have rights to use the image and it is not illegal, pornographic or violent in any way.

Maximum file size: 2MB

Please attach a .jpg, .png, .gif or .mpg image. By attaching an image to use as your profile picture you assert that you have rights to use the image and it is not illegal, pornographic or violent in any way.
This website will be displayed in your profile information.

Kongsikan artikel ini