Bukan mudah untuk tampil menarik dan sihat. Jadi, saya perlu tinggalkan habit tidak elok seperti merokok dan minum arak. Selain itu, dengan bersukan juga membuatkan saya tampak lebih kacak, yakin dan seksi.
Amalan Diet
Dari rutin makan saya selama seminggu, saya pastikan saya lebih banyak makan kentang pada hari biasa. Manakala, pada hujung minggu pula, saya akan makan dada ayam. Ini formula saya untuk dapatkan fizikal sebegini.
Cara Manjakan Diri
Dengan bersenam dan mengamalkan diet sudah cukup saya lebih yakin. Sebab itulah, saya lebih pentingkan makan kentang setiap hari dengan diselang-selikan makan dada ayam dalam rutin harian makanan saya.
Bajet Untuk Sihat
Memang benar, ramai orang Korea sanggup menghabiskan wang untuk jadi cantik dan menawan. Bagaimanapun, secara peribadi, untuk jadi cantik, tidak semestinya menggunakan wang yang banyak. Ada cara yang mudah dan sihat tanpa memaksa anda untuk keluarkan wang yang berlipat kali ganda. Kawal diet pemakanan dan banyakkan berehat juga salah satu rutin sihat yang boleh membuatkan hidup sihat. Lebih menjimatkan.
Nasihat Hidup Sihat
Mempunyai idola adalah bagus. Ia sedikit sebanyak mendorong dan penyuntik semangat untuk anda jadi sihat. Boleh ikut cara idola tapi mestilah lihat kemampuan diri dahulu kerana masing-masing mempunyai kehidupan berbeza.