Terkedu Pasal Islam, Soo Pilih Kamal Adli, Hazami, Haqim Rusli, Hyunmin-A atau Zizan Razak?

Guru Bahasa Korea yang viral dengan video menginginkan teman lelaki Melayu menjelaskan bahawa dirinya masih lagi baru mengenali hati budi lelaki bangsa Melayu. Walaupun dia sangat rapat dengan ramai lelaki Melayu termasuklah penyanyi kelahiran Malaysia, Soo atau Kim Su Hyun terkejut apabila Islam menjadi syarat wajib untuk bersuamikan lelaki Melayu.



“Tentang agama, terus terang saya tidak tahu wanita itu mesti beragama Islam untuk berkencan atau berkahwin dengan lelaki Melayu. Ini semua kebanyakkan semua lelaki Malaysia yang saya kenal tidaklah terlalu berpegang kepada agama. Contohnya kawan baik saya Garry yang suka makan Samgyeopsal.



“Oleh itu, saya masih belum fikir sedalamnya tentang ini. Adakah saya perlu memikirkannya. Kalau saya lelaki, bolehkah saya beristeri dua kalau saya menjadi Islam? Atau adakah saya boleh jadi isteri kedua? Saya akan jadi cemburu,” katanya.



Menjelaskan ciri lelaki Melayu sebenar yang diidamkannya, Soo telah diberikan 5 selebriti lelaki iaitu Kamal Adli, Haqim Ruli, Hazami, Hyunmin-A dan Zizan Razak sebagai rujukan. Tidak sangka pilihan Soo diluar jangkaan.



“Kesemua 5 selebriti lelaki itu mempunyai daya tarikan sendiri. Dari lima lelaki ini, perlukan saya memilih Hyunmin-A ? Yelah, saya memang kenal dengan dia berbanding empat yang lain. Bagaimanapun, Kamal Adli sangat kacak dan comel. Histeria dibuatnya. OMG,” ujarnya.

Bersama kawan dari Malaysia di Korea

Menjelaskan mula mempunyai ramai kawan Malaysia sewaktu menetap di Jepun, Soo sangat gembira kerana mempunyai rakan Malaysia iaitu Sabrina dan Nawi yang kini berada di Korea.



“Terima kasih kerana suka dengan video tersebut. Sebenarnya, saya rancang nak buat lagi banyak video dengan Sabrina. Mungkin kami akan buat saluran Youtube tentang budaya Malaysia dan Korea,” katanya.

Jangan lupa pendedahan Soo tentang perangai sebenar lelaki Korea yang jarang diketahui masyarakat antarabangsa pada entri akan datang. Memang mengejutkan.

Kongsikan artikel ini