Industri peragaan tempatan menjadi kecoh apabila tular sebuah cerita mengenai seorang model baru berwajah kacukan Korea pernah menjadi model pakaian dalam serta menjadi hero drama porno homoseksual. Sehingga saat ini, figura yang dikhabarkan itu masih mendiamkan diri atau bersembunyi di sebalik kebenaran.
Walaupun ada pihak tahu, namun identiti model tersebut masih lagi dirahsiakan kerana tidak mahu serkap jarang atau membuka aib model tersebut. Pun begitu, disebalik penularan tersebut, model dan pemegang gelaran Mister Global Malaysia 2019 yang tular awal tahun ini sebagai model puting disangka figura yang telah membuat perkara menjijikan itu.
Ini semua gara-gara Kryz mempunyai iras wajah seperti orang Korea serta banyak kali menjadi model pakaian dalam. Malah, Kryz juga masih bergelar pelajar untuk Universiti swasta. Semuanya kena dengan kata pembayang gosip yang tular itu.
Sungguhpun begitu, Kryz dikhabarkan terkejut apabila membaca gosip yang tular ini. Dengar cerita, Kryz mengenali model yang dimaksudkan itu kerana kata pembayang yang dikeluarkan itu sangat jelas. Lagipun, Kryz juga berpengalaman menjadi model dengan juru kamera yang sama.
Jadi tidak hairanlah Kryz didakwa model yang menjadi hero drama homoseksual. Nampaknya, kita perlu menunggu jawapan pasti samada Kryz hero yang dimaksudkan atau orang lain. Yang penting, sebelum menuduh, lebih baik menyiasat terlebih dahulu.