Tidak sama seperti industri hiburan di Malaysia yang kebanyakan jawatan juru mekap dimonopoli oleh kaum lelaki, industri hiburan dan kecantikan di Korea Selatan dibanjiri ramai juru solek atau MUA wanita. Oleh sebab itulah, kebanyakan solekan yang dikenakan oleh artis lelaki terutama sekali Kpop Idol ke arah comel dan cantik. Dalam erti kata lain, wajah kacak berubah menjadi jelita.
Walaupun begitu, masih ada lagi MUA lelaki di Korea. Namun, bilangannya tidak banyak seperti di Malaysia. Menariknya, ramai orang di Korea salah tanggapan melihat MUA lelaki kerana penampilan mereka persis Oppa (lelaki Korea seperti aktor). Hampir semua MUA Oppa mempunyai imej dan wajah sama seperti bintang K-POP dan model terkenal. Ada juga yang melaksanakan kedua-dua tugasan sekali iaitu model dan MUA.
Melihat dari identiti dan penampilan mereka, ramai terkejut apabila barisan MUA Oppa ini adalah seorang juru solek terkenal dan pakar dalam bidang solekan serta kecantikan buat lelaki mahupun wanita.
Buat penggemar solekan Korea, EH! KOREA BUZZ tampilkan 7 MUA Oppa yang popular di laman sosial dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Ada diantara mereka mempunyai saluran Youtube khusus untuk solekan. Menariknya, MUA ini bukan saja berpengaruh di Korea, sebaliknya mereka turut terkenal di persada antarabangsa dengan memiliki jutaan tontonan di laman youtube.