Seleb & Atlet Turut Serta, Altitude World Supermodel 2021 Malaysia Masih Dicari

Altitude World Supermodel 2021 yang membuka penyertaan secara atas talian menerusi KOREA BUZZ mendapat sambutan luar biasa apabila jejaka berstatus selebriti dan atlet negara turut menghantar penyertaan. Malah, ramai juga mencalonkan nama-nama dan menghantar foto serta profil bagi pihak individu tersebut.

AWS yang mencari wakil dari Malaysia ini masih buntu kerana calon dari Korea yang juga selebriti Korea sangat sempurna di mata penganjur yang bertapak di Bangkok, Thailand. Sungguhpun Malaysia dan Korea mempunyai National Director yang sama iaitu Hyunmin-A, pasukan dari Malaysia menerima cabaran kerana bukan saja Korea, peserta dari 25 buah negara yang lain turut handal dan memberi saingan yang kuat.


Oleh itu, AWS Malaysia masih terus membuka peluang lelaki-lelaki dari Malaysia untuk mencuba nasib sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia. Setakat ini, AWS turut menerima pencalonan dari bekas Mister Global Malaysia 2019, Mister National Universe 2017, Atlet Tenis Negara dan pelakon drama ASTRO. Malah, ramai juga muka-muka baru mencuba nasib termasuklah bekas juru terbang, pramugara, pelakon drama dan filem serta personal trainer tempatan.



Bergelar selebriti atau berpangkat tinggi bukan jaminan untuk dipilih mewakili negara kerana AWS Malaysia sangat ketat dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Formula pemilihan wakil AWS Malaysia sama seperti pemilihan di Korea. Bagaimanapun, tidak kesemua pendekatan tersebut boleh dilaksanakan memandangkan Korea dan Malaysia tidak sama budaya dan cara hidup.

Peringkat uji bakat secara atas talian masih diteruskan sehinggalah pihak AWS berpuas hati untuk mendidik dan memilih wakil Malaysia untuk bertanding di peringkat dunia yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2021. Cepat hantar penyertaan kerana siapa tahu anda layak terpilih dan merubah hidup anda.

Klik di sini untuk ketahui syarat dan borang penyertaan.

Kongsikan artikel ini