Wajah Baru Macam Budak Sekolah, Netizen Korea Keliru Kenapa Won Bin Tak Tua-Tua?

Aktor Korea yang sudah lama menyepi diri dari arena hiburan tampil mengejutkan masyarakat Korea apabila dia muncul dengan imej dan wajah seperti budak lelaki dalam rangkaian iklan untuk sebuah produk.

Penampilan Won Bin menyerlahkan lagi kesempurnaan visual yang dimiliki sehingga ramai yang sukar untuk menebak usia sebenarnya. Menerusi iklan pakaian lelaki jenama OLZEN yang disiarkan pada 28 April 2021, Won Bin mencuri perhatian ramai wanita di Korea.

Dalam foto yang berkonsepkan pakaian musim panas, Won Bin bergaya santai dengan berlatar belakang keindahan pulau Jeju. Ternyata, dengan pesona yang dimiliki Won Bin, baju tersebut nampak sangat terserlah sehingga mendorong ramai gadis terpukau.

Di samping fesyen terbaru dari jenama tersebut, netizen begitu teruja melihat penampilan baru Won Bin seperti berusia 20 tahun. Padahal, Won Bin sudah berusia 45 tahun dan berstatus bapa.

Atas dasar tersebut, pelbagai komen dilemparkan netizen terhadap Won Bin sehingga ada yang bertanya kenapa Won Bin ini tidak nampak tua langsung. Malah, ada juga boleh percaya dia seperti bintang KPOP.


Ramai juga tidak percaya itu gambar terbaru sehingga ada menyangka foto ini dirakam pada 20 tahun yang lalu. Apa yang pasti, ramai mahu Won Bin kembali menjadi pelakon drama dan sangat merinduinya.


Kongsikan artikel ini