Ziana Zain, Ifa Raziah & Ziela Jalil Teruk Terkena Dengan Kosmetik Korea Ini.

Nama pelakon dan penyanyi Ziana Zain bukan saja terkenal dengan suaranya bernada tinggi. Malah, dia turut dikenali sebagai salah seorang ikon kecantikan di Malaysia. Apa saja yang diguna pakai bintang ini sering menjadi ikutan peminatnya. Tidak kiralah dari segi jenama fesyen, kosmetik dan macam-macam lagi. Terbaru, Ziana yang sedang sibuk membintangi sebuah drama baru berjudul Janda Kosmopolitan sebagai teraju utama sudah tidak senang duduk dengan produk kosmetik dari Korea.

Wajah terbaru Ziana Zain selepas menggunakan kosmetik Korea.

Difahamkan, Ziana yang sebelum ini begitu serius dalam hal pemakaian produk kosmetik sudah tangkap cintan dengan kosmetik Korea yang berjaya menampakkannya tampak lebih muda dari usia sebenar. Walaupun kali pertama menggunakan produk tersebut, Ziana sangat teruja kerana selepas menggunakan produk itu, dia seperti tidak menggunakan sebarang kosmetik langsung diwajahnya.

Ziana teruja menggunakan Pure Theory.

Lebih teruja lagi, Ziana sangat senang hati apabila tidak perlu menepek produk tersebut banyak kali dan boleh menggunakan produk tersebut dari pagi sehingga ke malam. Produk ini juga difahamkan mesra wuduk yang mana mudah dibasuh dan ditanggalkan. Selain itu, ia juga boleh membantu kulit yang bermasalah menjadi lebih sihat dan segar.

Wajah Ifa Raziah menggunakan Pure Theory.

Selain pelatun lagu Puncak Kasih, Datuk Ziela Jalil yang juga pelakon Janda Kosmopolitan turut mengalami perasaan yang sama dengan Ziana. Sebaik saja pertama kali menggunakan produk ini, dia terus yakin dan sangat teruja. Malah, Ziela mengakui selepas menggunakan produk tersebut, ramai memuji solekannya. Tidak hairanlah juga, ada juga merasakan pelakon dan produser drama terkenal ini nampak sama muda dan sebaya dengan anaknya sendiri.

Ziela teruja dengan perubahan makeup di wajahnya.

Memandangkan set Janda Kosmopolitan menggunakan produk ini seratus peratus, kesemua tunjang utama drama tersebut menggunakan kosmetik Korea berkenaan, yang mana figura-figura ini didandan oleh juru solek terkenal Emel Ismail. Aktres dan aktor yang turut terangkat dengan kosmetik Korea ini ialah Ifa Raziah, Rozita Che Wan, Liza Abdullah, Marissa, Norman Hakim, Azri Ismail dan Fikree Bakar.

Marissa turut sama menggunakan kosmetik Korea.

Kesemua selebriti ini masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza terhadap kosmetik dari Korea tersebut. Namun, mereka semua sebulat suara amat menyukai produk Korea yang diberi nama Pure Theory.

Emel Ismail mendandan Rozita Che Wan

Sememangnya Pure Theory yang turut mengangkat ahli APINK iaitu Namjoo sebagai model turut  digunakan 100% oleh Juara Big Stage musim kedua, Jang Han Byul sepanjang program tersebut berlangsung.

Hady Mirza juga menyukai Pure Theory.

Malah, peserta Gegar Vaganza dari Singapura, Had Mirza turut sama menggunakannya. Adakah anda sama terangkat macam bintang-bintang ini? Cubalah sendiri produk tersebut dengan melanggannya di sini.

Pelakon The Scared Riana turut menggunakan Pure Theory sewaktu tayangan perdana filem tersebut.

Kongsikan artikel ini