Berkiblatkan Jackson Got7, Kryz Jelas Isu Puting & Baju Melayu Transparent

Mister Global Malaysia 2019, Chris Chan yang kini mahu dikenali dengan jenama baru, Kryz tular kerana foto dia memakai baju Melayu jarang rekaan pereka fesyen tempatan dikritik hebat netizen. Berkenaan dengan isu itu, Kryz tampil memberikan penjelasan secara terperinci kerana ia sedikit sebanyak mencemarkan nama dirinya yang baru saja mula langkah sebagai model peragaan di Malaysia.

Namun, Kryz yang sekarang masih lagi menuntut di sebuah universiti tempatan mengulas bahawa dirnya pernah menjadi peminat setia K-POP sewaktu dibangku sekolah lagi. Lebih menarik, jejaka kacak yang pernah menjadi model pakaian dalam ini sebenarnya peminat tegar ahli Got7 iaitu Jackson Wang. Kryz mengakui Jackson banyak memberikan inspirasi buat dirinya untuk terus bangkit sebagai model.

Sedang mengorak langkah ke peringkat Global.



Tambah istimewa, Kryz dikhabarkan sedang mengintai beberapa peluang di peringkat antarabangsa terutama sekali Korea Selatan kerana dia mahu menjejaki langkah Jackson yang begitu besar namanya di Korea mahupun di Hong Kong.

Ikuti video temubual eksklusif bersama Kryz yang menjawab segala isu yang tular berkaitan dirinya. Malah, dia turut menjawab tentang konspirasi yang berlaku berkenaan baju Melayu transparent yang dipakainya itu.

Penjelasan Kryz berkenaan isu panas berkaitan dirinya.

Kongsikan artikel ini