The World of The Married Buat Ramai Geram Bila Plot U-Turn

The World of The Married

Ulasan: Sis K-poh

Drama: The World of the Married

Lakonan: Kim Hee-ae (Ji Sun Woo), Park Hae-joon (Lee Tae Oh), Han So-hee (Yeo Da Kyung)

Arahan: Mo Wan-Il

Skrip: Joo Hyun

Nampaknya ending episod 12 drama viral ini makin buat ramai tak keruan. Mana tidaknya, episod 11 semua resah nak tahu siapa sebenarnya pembunuh Park Inkyu bila jalan cerita dah jadi kisah macam misteri pembunuhan di bandar Gosan. Alih-alih boleh pulak Sun Woo buat U-turn skandal balik dengan ex-husband dia. (sorry ya spoiler pada yang belum tengok)

Tak salahkan penonton kerana ramai yang frust sebab sebelum ni beriya-iya Sun Woo mempertahankan kedudukannya serta menepis segala tanggapan negatif oleh komuniti di situ. Plot drama ni memang buat semua naik meroyan, lepas satu per satu jalan cerita ini meyaksikan Sun Woo ditimpa masalah baru.

Kes kematian Park Inkyu pun dah buat semua tak senang duduk, siapa sebenarnya yang menolak dia jatuh dari atas bumbung stesen bas tu? Sis rasa tentunya itu orang suruhan Chairman Yeo yang mengekori Tae Oh dari mula. Tapi doktor psikitri tu pun sedang mengekori Tae Oh ke situ. Dan betul tekaan sis, yang mati tu bukan Min Hyun Seo walaupun skarf Sun Woo kelihatan pada penghujung episod 10 dulu.

Bila Sun Woo sendiri yang datang selamatkan bekas suaminya dari didakwa sebagai pembunuh, sekali lagi plot drama ini buat ramai rasa nak cekik-cekik je doktor pompuan ni. Dek kerana kesian tak mahu anaknya dilabel berayahkan seorang pembunuh. Betul juga kata Hyun Seo, Sun Woo tak ada bezanya situasi mereka berdua dengan lelaki yang pernah dikasihi. Tak salah bila penonton mula rasa menyampah dengan karakter Sun Woo yang digambarkan sebelum ini cukup tabah tapi kecundang sebab simpati pada bekas suami. Alahai cinta sejati.

Lebih menyakitkan apabila anaknya sendiri yang buat semua panas hati. Akibat keretakan rumahtangga, remaja ini memberontak dalam diam – ya ini adalah antara gejala depresi remaja yang sukar untuk kita hidu dan berlaku dalam banyak kes zaman sekarang. Sejak bapanya pulang ke Gosan, Joon Young sudah mula menunjukkan belang dengan membelakangi ibunya.

Dia mula bosan dengan sikap ibunya yang sudah tidak faham dengan kehendaknya serta dirasanya terlalu mengongkong. Communication breakdown antara ibu dan anak ini membolehkan Tae Oh lebih mudah untuk ‘menyelinap’ masuk dalam kehidupan dua beranak ini walaupun sebelum ini dah kena restraining order. Dan tambah pula Da Kyung cukup bijak ambil peluang mempengaruhi anak tirinya itu.

Tapi apabila sudah berpindah dia pula yang rasa insecure dan cemburu lihat bapanya dengan keluarga ‘muda’nya. Ini yang membuat semua naik geram dengan budak ni. Semuanya tak kena, memang mental sungguh nak layan remaja begini. Dan Da Kyung pun dah naik mental bila dah beri kelonggaran ala PKPB buat suami dan anaknya sampai sanggup nak atur Joon Young pergi study oversea.

Namun babak yang paling memilukan adalah apabila Joon Young dengan selamba mahu pindah ke rumah bapanya tanpa berbincang dulu dengan Sun Woo. Marah sangat dengan ibunya kerana ambil tindakan melulu, dia rasa option untuk serumah dengan ibu tiri adalah lebih mendamaikan – dream on dik nun.

Luluhnya hati Sun Woo yang menatang anaknya bagai minyak yang penuh selama ini sanggup meninggalkannya juga. Anak yang selama ini dia harapkan untuk berpihak dengan dirinya telah mengkhianati ibunya sendiri. Bab ni memang buat sesiapa saja sakit hati dan kecewa sampai begitu sekali seorang anak melukakan ibunya. Ada juga yang berharap sumpahan si tanggang saja yang sesuai untuk Joon Young ni.

Disebabkan Gosan ni bandar kecil saja, rumours memang cepat berlegar dan komuniti ini juga cukup cepat mempercayainya. Masing-masing dalam bandar ni saling berkait dan amat mudah satu berita atau fitnah hinggap di telinga masyarakat sekeliling. Babak Sun Woo berdepan dengan ibu rakan anaknya yang suka bergosip itu buat ramai tepuk tangan – puas hati!

Watak sampingan jiran Je Hyuk dan Yerim pula menyuntik kisah mereka tersendiri yang membuat kita tersenyum melihat aksi sang bekas suami yang mahu berbaik semula dengan si isteri. Ada yang berharap mereka akan rujuk semula sebab sweet pula pasangan ini bila bersama.

Dan sakit hati kita pada kawan talam dua muka, Dr Sul hilang apabila dia tak puas hati tanggapan terhadap profesionalisme wanita oleh pengarah hospital yang sengal. Dan dia juga dengan selamba boleh ajak Dr Kim kahwin. Lawak juga doktor gynae ni, boleh la buat kawan sebab dia memang tak pernah rasa bersalah pun kat sesiapa.

Macam ni la, nak bagi sedap hati, sis rasa Sun Woo berselingkuh dengan ex-husband dia sebab nak revenge pada Da Kyung supaya isteri muda Tae Oh ni dapat rasa apabila hati suami dah jauh dari dia. Dan Sun Woo juga buat macam ni supaya Tae Oh akan lebih berikan peluang untuknya menangi hati Joon Young semula.

Walaupun kita nak Sun Woo bercinta dengan Dr. Kim tapi macam ada yang tak kena pun ya. Tiba-tiba Dr.Kim yang caring dan paling understanding ni boleh berbaik pula dengan Chairman Yeo. Seolah ada hidden agenda yang masih belum terungkai. Mungkinkah ada kejutan?

Kita tunggu saja dua episod minggu depan pula (haih the agony of one more week), dengarnya ramai dah give-up tak sanggup nak tengok plot yang bersimpang siur ni. Walau apapun, drama JTBC ni dah mengatasi rekod tertinggi drama Skycastle di saluran kabel minggu ni dan tentu sekali dah caras populariti King Lee Min Ho walaupun tampil super kacak bak patung cendana.

Sis K-Poh: Kena cari drama lain untuk fill in minggu ni… any suggestion?

Kongsikan artikel ini