Awas! Selepas China & Jepun, 8 Sumpahan Goblin Merebak Di Malaysia

5 tunjang utama drama Korea berjudul Goblin iaitu Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook, Yoo In Na dan Yook Sung Jae menjadi semakin tular di seluruh Asia bukan saja disebabkan kemantapan lakonan mereka dalam drama tersebut.

 

Lee Dong Wook dan Gong Yoo.

Malah, mereka disanjung dan digilai ramai dek kerana kejelitaan dan ketampanan mereka. Di Korea, setiap perkara berkaitan Goblin dan kesemua pelakon ini dilancarkan, ia ibarat goreng pisang panas.

 

 

Menariknya, setiap fesyen yang digayakan pelakon berkenaan dalam drama tersebut menjadi ikutan anak-anak muda masa kini. Bahkan lokasi penggambaran drama ini di Jepun sentiasa dikunjungi ramai peminat bukan saja dari Korea bahkan peminat luar negara.

 

 

Atas dasar itu juga, banyak lokasi drama ini telah pun dijadikan destinasi utama untuk dikunjungi pelancong dan mereka sanggup beratur panjang hanya untuk merakam gambar kenangan di situ.

 

Eddy JJCC berkongsi video orang ramai tatkala mengunjungi lokasi peggambaran Goblin di Jepun, baru-baru ini.

 

Terbaru, 8 sumpahan Goblin untuk menjadi cantik dan tampan seperti pelakon ini sudah pun merebak di negara China dan Jepun. Malah, ia sedang pesat disebarkan di 28 buah negara. Lapan sumpahan tersebut ada dipaparkan dalam salah satu babak yang melibatkan Yoo In Na.

 

 

Sumpahan tersebut ialah Melembapkan (Moisture), Vitality, Pemutihan (Whitening), Anti Kedut (Anti Wrinkles), Pelembap (Moisturizing), Keanjalan (Elasticity), Nutrisi, Rehat & tenang (Relax & Soothing).

 

Kesemua senarai ini telah pun dirangkumkan dalam Intensive Goblin Mask Pack. Ianya dilaporkan bakal menjengah Malaysia dan menjanjikan sesuatu yang istimewa buat penggemar drama Goblin.

 

Menerusi sambutan luar biasa di Jepun dan China, selain dapat menggunakan produk ini, mereka turut berpeluang menerima pelbagai hadiah menarik seperti barangan eksklusif Goblin yang berserta tanda tangan pelakon Goblin.

 

Punca Malaysia menjadi destinasi pilihan masih belum disahkan lagi, bagaimanapun ia ada kaitan dengan undian yang dibuat sebelum ini di sini. Syabas buat pembaca EH! Korea Buzz.

 

Oleh itu, cepat sebarkan sumpahan ini di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara kerana anda mampu menjadi kacak dan cantik seperti pelakon Goblin apabila terkena sumpahan ini. Mungkin jua anda boleh menjadi lebih dari itu.

Kongsikan artikel ini