Ayana Moon Mualaf Korea Ke-3 Tercantik Di Korea, Pertama Tercantik Adalah…

Wanita Korea Islam bernama Ayana Moon sememangnya popular di mata peminat Korea Islam. Populariti dia melonjak apabila tampil dalam sebuah program TV khusus bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang muslimah berbangsa Korea. Malah, Ayana Moon juga popular kerana menjadi model beberapa jenama fesyen seperti tudung dan pakaian muslimah. Ayana juga pernah popular kerana disangka bekas bintang K-POP. Sebaliknya, ia hanyalah salah sangka kerana Ayana memang tidak pernah terlibat dalam dunia hiburan sama sekali.

Sangkaan itu terjadi kerana nama dan wajah Ayana mirip bintang K-POP yang dimaksudkan. Selain menjadi ikutan wanita dari seluruh negara, Ayana juga menjadi idaman lelaki kerana wajahnya yang cantik. Tidak dinafikan, Ayana memang mempunyai wajah jelita dan kulit putih mulus bak sutera.


Bercerita mengenai kecantikan Ayana di Korea, figura ini memang dikategorikan sebagai antara wanita Islam Korea yang paling cantik. Malah, pihak komuniti Islam Korea turut mengatakan kecantikan Ayana memang diiktiraf umat Islam Korea. Bagaimanapun, Ayana difahamkan bukanlah berada di tangga yang pertama tercantik di Korea.

Menurut sumber, kejelitaan Ayana terletak pada kedudukan yang ketiga atau keempat saja. Ada dua orang lagi wanita Islam Korea yang lebih cantik dari Ayana. Bagaimanapun, kedua-dua wanita ini tidak pula aktif di sosial media dan lebih suka mendiamkan diri saja.

Wanita Islam Korea yang pertama cantik seorang yang segan bersosial. Malah, dia lebih suka fokus kepada agama. Walaupun dilamar menjadi model dan juru cakap banyak produk kecantikan halal Korea, wanita itu tetap menolaknya. Bahkan menganggap dunia komersial bukan untuk dirinya sebagai wanita Islam Korea.

Bersama bondanya.



Yang berada di kedudukan kedua pula ialah wanita muslim Korea yang turut tidak mempunyai akaun sosial media. Malah, wanita ini sudah pun berkahwin. Sukar untuk menggambarkan kecantikan kedua-dua wanita ini, pihak tersebut memberitahu wajah wanita ini persis selebriti Korea yang paling cantik di dunia. Lebih cantik dari Song Ji Hyo dan Yoona Girls Generation.

Mungkin satu hari nanti, kedua-dua wanita ini akan muncul dalam sebuah video yang akan melibatkan komuniti Islam Korea. Siapa tahu, Daud Kim dan Park Soohan dapat memujuk mereka untuk membuktikan kecantikan tersebut. Mungkin wanita cantik bujang itu calon isteri Soohan atau pun Daud.  

Kongsikan artikel ini