Siapakah Hero Disney Hollywood Dari Korea Menjadi Pilihan Anda?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Industri perfileman drama Korea semakin meriah dengan menampilkan cerita asal dari webtoon popular. Malah, boleh dikatakan hampir semua drama yang digarap dari webtoon ini menjadi popular dan bualan bukan saja orang Korea tetapi masyarakat antarabangsa. Namun, pihak produksi menghadapi kesukaran untuk memilih pelakon untuk menyerupai personaliti dan rupa yang digambarkan pelukis.

Pun begitu, setakat ini kebanyakkan pelakon yang dipilih semuanya tepat dan dipersetujui penonton. Malah, ada juga sebilangan pelakon ini lebih sesuai dan menerima tawaran bertubi-tubi untuk melakonkan watak dalam drama asas webtoon. Melihat pencapaian bakal lakonan dari Korea, ramai juga bintang-bintang Korea sudah mampu menjadi pilihan produser Hollywood sebagai teraju utama. Antaranya ialah Rain dan terbaru Man Dong Seok yang bakal membintangi filem aksi Marvel terbaru.

Siapakah mereka ini?

Namun, setakat ini, masih belum lagi ada aktor mahupun aktres terpilih menjadi watak utama filem animasi Disney. Dari persoalan ini, terdetik pula, adakah hero Korea yang sentiasa menjadi watak utama drama asas webtoon boleh menjadi watak Disney? Apa sekalipun, ia juga berpunca dari bahasa. Walaupun hakikat wajah mereka layak, namun faktor bahasa menyebabkan mereka tidak terpilih.

Bagi menilai isu ini, KOREA BUZZ tampilkan wajah hero Korea dalam versi watak Disney. Siapakah antara mereka yang boleh menjadi watak Disney?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini