Rupanya Pelakon Disney Ini Kawan Sekolah Si Worldwide Handsome!

Peminat BTS sedia maklum, ahli BTS yang paling senior, Kim Seok Jin atau Jin pernah bersekolah di luar negara. Malah, sewaktu kisah ini dedahkan, bukan saja peminat, bahkan ahli BTS yang lain seperti Jimin, RM, Jungkook, V, J Hope dan Suga turut sama terkejut.

Apatah lagi, mereka mengusik Jin yang kurang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris padahal pernah belajar di luar negara. Bagaimanapun, Jin yang digelar wordwide handsome mengakui kekurangannya untuk bercakap English membuatkan dirinya pendiam diwaktu sekolah dan pemalu.


Bagaimanapun, dari kisah sekolah di Australia, foto Jin bersama rakan-rakan sekolahnya telah tular. Kini, foto tersebut kembali tular apabila salah seorang rakan yang bergambar dengan Jin juga merupakan seorang figura kacak dari Australia yang kini bergelar pelakon di Hollywood.  



Difahamkan, aktor yang dimaksudkan ialah Mitchell Hope yang pernah berlakon dalam beberapa filem Disney. Mitchel dilahirkan pada 1994 dan memegang watak sebagai Ben dalam drama Disney berjudul The Descedants.

Terbaru, kawan sekolah Jin ini juga baru saja muncul dalam filem Let It Snow. Walaupun foto tersebut kelihatan Jin dan Mitchell sebagai kawan sekolah, keakraban sebagai kawan baik masih diraguinya kerana kedua-dua mereka tidak pernah terbuka mengenai persahabatan mereka.


Mungkin juga, mereka berdua tidak tahu bahawa keduanya kini menjadi jejaka kacak yang menggoda ramai wanita dengan bakat dan fizikal yang menarik. Bagaimapun, peminat berharap kedua-duanya bakal disatukan semula sebagai kawan atau dalam sebuah filem atau drama. Mungkin juga, Jin boleh menjemput Mitchel berlakon dalam muzik video BTS yang terbaru.

Kongsikan artikel ini