Orang Malaysia Menetap Di Johor Adalah Kembar Jungkook BTS!

Ahli BTS yang paling bongsu sememangnya semakin popular dan kacak. Malah, apa saja yang di buatnya sering saja menjadi perhatian dunia. Sama seperti V BTS atau Taehyung, Jungkook juga pernah menjuarai carta lelaki paling kacak di dunia. Berbanding V, Jungkook pernah terpalit dengan isu kontroversi.

Memandangkan ramai terlalu taksub dengan ketampanan 7 jejaka dari BTS ini, gadis-gadis dunia banyak memasang niat untuk mencari ciri-ciri lelaki yang sama seperti mereka. Jadi, tidak hairanlah, ramai lelaki warga dunia yang mempunyai wajah seiras RM, J Hope, Jimin, Jin, Taehyung, Suga dan Jungkook pasti tular dan digilai ramai.

Terbaru, lelaki kelahiran Johor yang kini seorang peniaga menjadi perhatian warga maya. Difahamkan lelaki yang menangguhkan pengajian di institusi di Singapura akibat COVID-19 ini memiliki wajah dan saiz tubuh sama seperti Jung Kook.

Han (Kiri) dan Jungkook BTS.

Perbezaan hanyalah dari segi warna kulit saja yang mana kembar Jung Kook berdarah cina ini tidaklah seputih Junkook. Bagaimanapun, lelaki yang bernama Han ini sebenarnya terkejut apabila wajahnya dikatakan mirip Jung Kook BTS. Pun begitu, Han mengakui wajahnya jambu tetapi badanya maskulin kerana obses dengan gim. Tidak hairanlah, dia juga ada tayang badannya yang mempunyai 6 pack di instagram.

kekeliruan.


Melihat beberapa foto yang dikongsikan Han di laman Instagram miliknya, ternyata Han memang memiliki raut wajah sama seperti Jungkook. Perbezaan ketara hanyalah dari segi potongan rambut dan warna kulit saja.

Lebih menarik, Han dikatakan pelajar jurusan muzik dan pandai bermain alat muzik. Mungkinkah Han juga berbakat besar seperti Jungkook dalam bidang muzik? Apa sekalipun, anda nilai sendiri sama ada Han benar-benar kembar Jung Kook. Mungkin selepas ini banyaklah agensi berebut nak menyunting Han sebagai model atau pun artis.

Kongsikan artikel ini