Minyak Lintah Diperlukan Oppa Korea Berbanding Ahjussi, Ini Luahan Jejaka Korea

Seorang lelaki Korea yang mahu dikenali dengan nama Young Gun (YG) terkejut mendapat tahu tentang minyak lintah yang dicipta khusus buat lelaki. Pada mulanya YG geli mendengarnya dan menganggap ia sekadar rekaan cerita semata-mata. Apatah lagi mendapat tahu ia dicipta dari lintah.

Namun, selepas mengkaji dan melayari Internet serta bertanya kenalan rapat dari Malaysia yang tinggal di Korea, YG tambah terkejut dan rasa teruja untuk mencubanya. Walaupun masih muda dan usia di lingkungan 23 tahun, YG yang dahulunya suka bersosial dan banyak bertatu mengakui mengalami masalah kesihatan lelaki.

Oleh kerana itulah juga, dia sangat teruja mahu mencuba minyak lintah yang tiada di pasaran Korea. YG turut membangkitkan pelbagai persoalan tentang minyak dan amalan ini yang dianggap terbaik di dunia. Malah, dia pelik produk sebaik ini tidak dikembangkan ke seluruh dunia kerana ia mampu menaikkan nama Malaysia di peringkat global dari faktor produk kesihatan.

Suka minum arak antara penyebab masalah kesihatan lelaki di Korea.



Memahami sebab produk ini tidak berada di pasaran utama, YG merasakan produk ini lebih banyak diperlukan di Korea oleh golongan anak muda berbanding dewasa. Setakat ini, kebanyakan lelaki Korea lebih menggunakan bahan kimia yang mempunyai banyak kesan sampingan seandainya mempunyai masalah ini.  

Selepas beberapa minggu menggunakan produk ini, YG tersenyum lebar kerana sebab utama dia mahu menggunakan produk ini bukanlah untuk tujuan seks. Sebaliknya, dia hanya mahu jaga kesihatan beliau. Dengan teknik urutan yang dibekalkan, YG memberitahu masalah kencing tidak lawas disebabkan kuat minum arak juga beransur pulih.



Dalam fikiran YG, minyak lintah wajar diketengahkan di Korea kerana masalah kesihatan lelaki semakin meningkat di Korea kerana faktor kehidupan sosial yang tidak dapat dikawal. Terutama sekali anak muda yang kini lebih bebas dan berani mencuba. Apa sekalipun, YG masih terus berfikir dan tidak menyangka minyak lintah ini berasal dari Malaysia. Hatinya terus berkobar-kobar kerana mendapat tahu, minyak ini ada banyak jenis dan ia menggunakan formula semula jadi tanpa bahan pengawet kimia.

Mungkin pengusaha produk ini boleh tersenyum lebar dan mencari jalan supaya produk ini dapat terus berkembang dan terus membantu kaum Adam yang mempunyai masalah kesihatan. Siapa tahu, ia menjadi penjana pendapatan baru untuk Malaysia dan negara yang mengeluarkan minyak lintah.

Kongsikan artikel ini