Lelaki Didenda 3 Juta Won Masuk Tandas Wanita Dengan Berpakaian Wanita!

Seorang lelaki Korea berusia dalam lingkungan 20-an telah memecah masuk ke tandas wanita di sebuah pusat beli-belah sambil berpakaian seperti perempuan telah di denda.  

Pada 17 Februari, Hakim Kanan di Mahkamah Daerah Ulsan, Jeon Ki Heung telah  menjatuhkan hukuman tersebut kepada lelaki berkenaan. Dia dapati bersalah dengan melanggar Akta Khas Mengenai Hukuman Jenayah Keganasan Seksual, dengan dihukum denda 3 juta won dan memerintahkan selesai 40 jam program rawatan keganasan seksual.

Tertuduh didapati memasuki tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di Ulsan pada Februari tahun lalu dengan memakai skirt dan stoking serta memakai topi.

” Lelaki itu telah memasuki tandas wanita dengan tujuan untuk memenuhi keinginan seksualnya,” kata mahkamah.