Mualaf Korea, Bora Mahu Keluarkan Jenama Hijab Sendiri Tapi…

Wanita Korea yang memeluk Islam sejak 2007, Ola Bora Song atau Bora antara wanita yang terawal menjadi mualaf di Korea. Malah, dia antara wanita muslim Korea yang popular dan disenangi ramai orang selepas Ayana Moon.

Selain mempunyai pekerjaan tetap, Bora juga menjadi jurucakap persatuan Komuniti Islam di Korea. Segala permasalahan atau isu yang berbangkit berkaitan Islam di Korea, Bora akan membantu untuk menyelesaikannya atau menjadi orang tengah untuk menghubungi pihak berkenaan.

Sewaktu datang ke Malaysia.

Sebelum Corona Virus berleluasa, Bora difahamkan sibuk ulang-aling ke Indonesia untuk membuat kajian tentang perniagaan baru yang bakal diceburinya. Selain Indonesia, Bora juga bercadang untuk ke negara Asia Tenggara yang lain termasuk Malaysia.

Menurut sumber, tujuan Bora ke beberapa negara ini kerana dia mahu mengeluarkan jenama hijabnya sendiri memandangkan cara dia memakai tudung menjadi ikutan ramai peminat Kpop yang beragama Islam. Pun begitu, kajian Bora tentang tudung yang sesuai untuk berada di pasaran tersekat dan terhenti seketika berikutan sekarang ini banyak negara tutup pintu bagi orang asing untuk datang ke negara tersebut.

Atas sebab itulah juga, Bora dikatakan hentikan seketika dan masih lagi mengkaji corak dan jenis tudung bersesuaian untuk selaris dengan K-POP stail yang menjadi ikutan ramai gadis di seluruh dunia. Diharap hasrat Bora untuk mengeluarkan jenama hijab ini bakal terlaksana selepas tamatnya penularan wabak Covid-19 nanti.

Kongsikan artikel ini