Netizen lagakan Kimchibudu VS Durian Kimchi, Bakal Ada Couple Selebriti My & Kr?

Kebelakangan ini, pelayar youtube sering berborak dan menonton telatah wanita Korea bernama Maryam dan suaminya Ryzal. Dengar cerita, ramai tertawan dengan aksi spontan Maryam yang melayan Ryzal seperti budak kecil. Lebih hangat lagi, penyanyi popular Malaysia, Faizal Tahir turut menjadi penonton setia aksi pasangan yang lebih popular dengan pasangan Durian Kimchi.

Dengar cerita, gara-gara ini, ramai peminat Korea berjantina lelaki yang sebelum ini meminati industri hiburan secara sembunyi mula menonjolkan diri dan ingin mengikuti jejak langkah Ryzal yang memperisterikan wanita Korea. Ramai juga yang mula minat berkahwin dengan wanita Korea walaupun sebelum ini mereka sering menuduh semua wanita Korea hanya cantik kerana pembedahan plastik.

DURIAN KIMCHI



Apa sekalipun, KOREA BUZZ dapat tahu, ada juga pihak yang tidak berpuas hati pernah melagakan Durian Kimchi dengan satu lagi pasangan campuran Korea dan Malaysia iaitu Khalid dan Seul yang dikenali dengan Kimchi Budu. Ramai yang membandingkan mereka dan mahu Kimchibudu mengikuti jejak langkah Durian Kimchi.

Sebelum Durian Kimchi popular, Kimchi Budu menjadi perhatian di Malaysia kerana Khalid pernah muncul dalam program di Korea sebelum melamar Seul sebagai isteri. Namun, atas populariti mendadak yang diterima Durian Kimchi, ada pihak memaksa Kimchi Budu untuk menjadi kelakar seperti Maryam dan Ryzal. Desakan ini tidak boleh diguna pakai kerana kedua-dua pasagan ini sebenarnya amat berbeza sekali.

KIMCHI BUDU



Difahamkan, Khalid mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan dan keagamaan manakala Ryzal lebih kepada bidang komersil dan hiburan. Oleh kerana itulah, jika anda menonton video mereka, sasaran penonton amat berbeza. Namun, KOREA BUZZ kagum kerana kedua-dua mempromosikan Malaysia di mata orang Korea. Sesuai dengan konsep KOREA BUZZ.



Apa yang pasti, kedua-dua pasangan ini banyak memberi insipirasi kepada lelaki Malaysia untuk tampil berani dan tidak salah meminati Korea. Siapa lagi pasangan Malaysia dan Korea yang akan muncul? Adakah selepas ini kita akan menerima berita pasangan Selebriti Malaysia dan Selebriti Korea pula? Yelah, Issac In2It dan Hyunmin-A dari Malaysia, siapa tahu mereka sedang menjalin hubungan cinta dengan selebriti Korea. Betul tak?

Kongsikan artikel ini