Panas! Penyampai Radio Ghairah Rayu Lelaki Korea Tanggal Baju Sewaktu FB Live!

Radio online, Radio Zamburger yang baru saja enam bulan beroperasi di selatan tanahair Malaysia  semakin mendapat tempat di hati pendengar. Malah, radio yang diasaskan oleh usahawan terkenal dari Johor iaitu Zamsaham bakal tampil dengan menu yang terbaru serta barisan penyampai radio yang mantap.

Walaupun masih baru, pengalaman daripada beberapa penyampai radio ini berjaya menarik perhatian selebriti dari Malaysia khususnya untuk berkongsi cerita terbaru mereka. Menariknya, radio yang boleh didengar seluruh dunia ini turut menampikan figura popular bukan saja dari Malaysia tetapi dari negara seperti Indonesia, Singapura termasuklah Korea sebagai tetamu jemputan.  


Pun begitu, beberapa pendengar setia radio ini terkejut dan tergamam apabila menonton video facebook Live antara dua penyampai radio ini dengan seorang lelaki Korea yang tular di Asia Tenggara iaitu Lee Won yang menjual tembikai dengan memakai cawat di Vietnam pada petang 25 Februari 2021.

Menerusi temubual tersebut, penyampai radio Zairi dan AD mengorek rahsia di sebalik penularan foto Lee Won di Vietnam yang kini digelar Melon Oppa. Malah, mereka juga mencari tips untuk mempunyai badan cantik seperti jejaka Korea yang sudah berusia 40 tahun dan berkahwin.


Berbanding AD, Zairi tidak dapat menyorok perasaan ghairahnya yang pertama kali menemu bual figura Korea selepas lebih lima tahun bergelar penyampai radio. Dalam keghairahan tersebut, Zairi telah merayu kepada Lee Won untuk membuka baju untuk membuktikan otot badannya yang kekar.

Walaupun pada awalnya Lee Won sedikit malu dengan memberi alasan baru lepas makan, jejaka yang bertugas sebagai pakar kesihatan fizikal di Vietnam tidak mahu mengecewakan Zairi dan membuka baju secara langsung.

Ternyata, Zairi tergamam dan tertawa riang apabila melihat sendiri fizikal Lee Won yang dianggap cantik baginya. Namun AD pula kelihatan malu melihatnya walau dalam masa yang sama terkejut.

Pelbagai perkongsian telah diberikan termasuklah Lee Won belajar beberapa bahasa Melayu yang baru pertama kali didengarnya. Untuk melihat video tersebut, anda bolehlah ke facebook rasmi Radio Zamburger!

Kongsikan artikel ini