Sign Rekod Label Antarabangsa, Sweet Qismina Jadi Jennie Blackpink ?

Dalam diam, pelakon kecil molek, Farhanana Qismina Supandi atau nama glamor Sweet Qismina dikhabarkan baru saja sign dengan rekod label antarabangsa. Difahamkan, pelakon yang sering melakonkan watak berkonsepkan Korea ini bakal muncul menjadi penyanyi tidak lama lagi. Sungguh tidak sangka, rupa-rupanya Sweet ada bakat menyanyi. Namun, jika melihat perkembangan pelakon berusia 22 tahun ini, Sweet pernah muncul sebagai pengacara untuk program kanak-kanak dan banyak kali menyanyi dalam program tersebut.

Sweet Qismina

Baru-baru ini, Sweet jadi tular dilaman sosial kerana merakam video parodi melakonkan semula dialog dari drama Korea. Menyedari Sweet yang dikatakan suka dengan muzik K-POP, figura yang heboh dikatakan bercinta dengan pelakon Adam Lee bakal merakamkan single pertama tidak lama lagi.

Menariknya, pihak produksi yang sedang mencari material untuk Sweet dikatakan sedang mengintai beberapa produser dari Korea. Namun, produser tersebut tidak diketahui siapa dia. Ada juga yang mengatakan, pihak yang dihubungi itu ada kaitan dengan produser Korea hebat yang membuat lagu EXO, Girls Generation dan Jay Park.

Bersama pelakon Adam Lee.


Kesahihan berita tersebut masih menjadi tanda tanya kerana segalanya masih lagi dalam peringkat merisik dan belum muktamad lagi. Pun begitu, Sweet dikhabarkan bakal bertukar imej menjadi seperti ahli Blackpink iaitu Jennie. Ia berikutan konsep muzik dan lagu untuk Sweet dikaji lebih ke arah Jennie. Paling tepat, lagu tersebut persis lagu Solo nyanyian Jennie.  Sama ada ianya terlaksana atau tidak, ia terpulang kepada Sweet sendiri kerana vokalnya masih lagi dalam peringkat penyanyi baru.

Jennie Blackpink.


Apa sekalipun, tunggu saja sama ada perancangan ini bakal terjadi atau tidak. Jika terjadi, syabas diucapkan kepada Sweet dan semoga dia bersedia dari segi mental. Kemungkinan kalau tersilap langkah, Sweet akan dikecam peminat muzik Kpop. Paling tidak pun peminat fanatik Blackpink dan Jennie.

Bagaimanakah penampilan baru Sweet yang berkonsepkan Jennie Blackpink?

Kongsikan artikel ini