Kau Nak Mati Ke? Pernah Datang KL, Video Lelaki Korea Berendam Dalam Besin Di Musim Salji Cetus Kemarahan!

Seorang lelaki Korea bernama Park Jae Il yang mengendalikan saluran youtube berkonsepkan pelancongan iaitu 채코제 Channel Korean Jay cetus kemarahan netizen di Korea apabila dia mandi berendam dalam besin diluar rumahnya sewaktu musim sejuk.

Video yang dimuat naik pada 5 Mac 2021 memaparkan dia yang tinggal di rumah atas bumbung sedang mandi dalam besin sambil berkhemah di hadapan rumahnya itu.

Difahamkan, perbuatan tersebut dilakukan sewaktu suhu cuaca di Korea mencecah 10 darjah selsius. Menerusi video berkenaan, Jae atau Jay memberitahu hasratnya untuk berendam apabila dia penat pulang dari membantu rakannya yang baru saja berpindah ke Seoul.

Jay turut menunjukkan aktivitinya mengukur besin untuk digantikan dengan tub mandi. Tindakannya itu membuatkan penonton naik angin sehingga menyatakan adakah jejaka ini mahu mati? Selain itu, ada juga yang bertanya, bolehkah dia mandi dengan selesa di hadapan rumah terbuka dengan suhu 10 darjah selsius.


Bagaimanapun, sepanjang berendam, Jay turut memakai face mask untuk merawat wajahnya. Malah dia turut berkata sesuatu yang mengejutkan ramai.

“Saya akhirnya berjaya membuat spa peribadi di rumah rooftop saya. Memang tidak disangka, ia menyeronok. Saya rasa ia lebih bagus kalau saya bersiap lebih awal dan menjaga suhu air,” katanya.


Anda boleh melihat perangai pelik youtuber Korea ini di video berikut. Sementara itu, Jay yang dikenali suka mengembara terpaksa berehat seketika kerana pademik COVID19. Bagaimanapun, dia pernah datang ke Malaysia dan berkongsi kenikmatan tersebut di laman sosial miliknya.

Kongsikan artikel ini