Youtubers Korea Kupas Isu Islam & Ajar Arab Tak Semestinya Muslim #유튜버

Semakin hari semakin ramai Korean Muslim lelaki dan wanita dikenali dan mendapat perhatian netizen terutama sekali di kalangan peminat K-pop dan Korea. Malah, kebanyakan Korean Muslim lelaki banyak yang bergelar Youtubers. Daud Kim dan Yongs World antara yang paling popular dan mendapat liputan meluas dari peminat dan media.

Dari sini timbul pula tanda tanya, mengapa mesti Oppa Muslim itu bergelar Youtubers? Adakah ia menjadi trend apabila beragama Islam dan berjantina lelaki, wajib mempunyai saluran Youtube sendiri?

Yong (kiri) dan Daud antara Youtuber Muslim popular.



Menyelami lebih dekat isu ini, Korea Buzz dimaklum dari pihak komuniti Islam supaya lebih berhati-hati dengan Korean Youtubers yang mengajar bahasa Arab dan mengupas isu tentang Islam.

Untuk makluman semua, tidak semua youtubers itu beragama Islam. Hanya segelintir saja menganut agama Islam. Ada sebilangan dari mereka bukan Islam dan hanya membuat video tentang Islam demi mendapat perhatian lebih memandangkan banyak orang suka menonton video tentang lelaki Korea yang bercakap tentang Islam.

Popular di Indonesia

Lebih teruk lagi, mereka hanya fokus Islam kerana mahu mengaut keuntungan dan kejar glamor semata-mata. Pun begitu, pendekatan yang dibuat mereka haruslah dipuji dan sedikit sebanyak memberikan publisiti tentang Islam di Korea. Oleh itu, bagi penonton video youtubers Korea tertentu, janganlah terus menganggap mereka Islam hanya kerana mereka mengajar bahasa Arab dan bercakap tentang Islam.

Jika anda kurang pasti dengan identiti youtubers berkenaan, anda boleh menyemak dengan komuniti Islam di Korea. Mereka sudah pasti mempunyai senarai orang Korea yang beragama Islam.

Daud berkongsi rasa pertama kali menunaikan solat.

Kongsikan artikel ini