Genap 4 Tahun, Artis K-POP Jemput Ke Tayangan Perdana & Pelancaran MV KPOP

Mungkin ramai tidak tahu, lagu K-POP yang pernah popular di stesen radio nombor satu Malaysia iaitu ERA FM bertajuk I’LL SHOW atau dalam bahasa Korea, Poyochukoyah adalah lagu yang dinyanyikan sepenuhnya anak kelahiran Malaysia bernama Hyunmin-A.

 

Antara imej yang ditampilkan dalam muzik video berkenaan.

 

Lagu berkenaan secara rasminya telah diedarkan secara online di semua platform digital oleh Warner Music Malaysia pada 1 April 2014 dengan mendapat perhatian pendengar Malaysia terutama sekali peminat tegar muzik K-POP sehingga berada ditangga kedua carta popular.

 

Figura ini turut mendedahkan rahsia tentang penjagaan kulit orang Korea dalam MV berkenaan.

 

Sungguhpun lagu yang dicipta oleh produser dari Korea iaitu Blake Shin bersama Andi Roslund sudah pun berusia 4 tahun, peminat masih dahagakan lirik lagu berkenaan untuk menyanyi bersama serta koreaografi lagu yang bergenre K-POP Swing Jazz. Lagu ini telah di mix oleh Sao dan Jung serta di Mastered oleh SUONO Mastering iaitu syarikat mastering popular di Korea.

 

Budaya masyarakat Korea turut ditonjolkan.

 

Bagi meraikan sokongan peminat selamat 4 tahun terhadap lagu itu, pihak Hyunmin-A dengan kerjasama Warner Music Malaysia serta beberapa agensi bakal melancarkan muzik video lirik rasmi lagu tersebut di saluran Youtube pada 19 Mei 2018. Menurut sumber, masih ramai tidak tahu maksud disebalik lirik sebenar lirik yang ditulis oleh Rami Woo yang begitu mendalam pengertiaannya. Pun begitu, majlis ini bakal merungkai segalanya.

 

Media dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis istimewa ini.

Istimewanya, kepada peminat bertuah dan media tempatan, sebuah majlis istimewa iaitu pelancaran MV lagu berkenaan akan diadakan pada 18 Mei 2018 iaitu Jumaat bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam di Hotel Amari Johor Bahru. Tetamu yang hadir pada majlis itu bakal menjadi penonton pertama menyaksikan video muzik lirik yang dicipta oleh M4M Production.

 

Tambah menarik, majlis yang dianjurkan syarikat Alien At Work Resources bersama kelab peminat EH! KOREA BUZZ iaitu KOREA BUZZ JIJIJA turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelakon dari Korea iaitu Cho Wan Jin yang akan turut sama berpuasa.

 

Difahamkan, penglibatan pelakon tersebut turut sama untuk mengumumkan tentang sebuah program realiti terbaru yang melibatkan figura tersebut bersama Hyunmin-A sendiri. Jadi, kepada yang berminat menyertai majlis tersebut dan berbuka puasa dengan hidangan lazat dari Amari Johor Bahru, anda bolehlah hubungi nombor yang tertera di poster.

Kongsikan artikel ini